Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Inisiatif Dan Usaha PTPTN Memudahkan Peminjam Dari Golongan Miskin Dan B40

Oleh Cikgu Shaari • February 15, 2023 • 2 min baca

Inisiatif Dan Usaha PTPTN Memudahkan Peminjam Dari Golongan Miskin Dan B40
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan menegaskan tiada sebarang rancangan ketika ini memansuhkan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) secara bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah B40.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ia mengambil kira soal keupayaan dan kelangsungan terutama tindakan pemansuhan hutang berkenaan yang akan membabitkan jumlah besar.

Walaupun tiada cadangan untuk pemansuhan hutang PTPTN itu, katanya kerajaan sentiasa prihatin dan memberi perhatian kepada peminjam dan kemudahan membayar balik pinjaman.

INISIATIF DAN USAHA PTPTN

Sehingga kini, terdapat pelbagai cara dan inisiatif dilakukan dalam usaha memudahkan peminjam daripada golongan miskin dan isi rumah B40.

Berikut adalah inisiatif dan usaha PTPTN memudahkan peminjam dari golongan miskin dan isi rumah B40:

  • Penangguhan bayaran balik sekiranya menyampung pengajian atau belum mendapat pekerjaan
  • Penstrukturan/ penjadualan semua bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan peminjam
  • Pemberian diskaun bayaran balik sekiranya dilakukan bayaran secara sekaligus dengan penuh
  • Bayaran balik pinjaman PTPTN hanya bermula selepas 12 bulan peminjam menamatkan pengajian untuk memberi ruang kepada peminjam membuat persediaan sewajarnya serta memperoleh pendapatan yang stabil sebelum memulakan bayaran balik

Soal untuk mengecualikan bayaran balik pinjaman kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang bergantung kepada permohonan PTPTN kepada kerajaan untuk mendapat peruntukan bagi membiayai pengecualian itu.

Permohonan dibuat kepada Kementerian Kewangan dan ini bergantung kepada setiap tahun bajet yang diumumkan, jadi ia bukan automatik dan bergantung kepada peruntukan diberikan oleh kerajaan.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.