Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2021

Permohonan Bantuan Am Persekolahan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini dibuka khas untuk warganegara Malaysia dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MAIWP.

Permohonan adalah dibuka bagi sesi persekolahan tahun 2021. Dapatkan borang permohonan dan sediakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti yang dinyatakan untuk mengemukakan permohonan.

Semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP di perkongsian bawah.

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat permohonan yang ditetapkan untuk melayakkan seseorang menerima bantuan am persekolahan oleh MAIWP:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Tidak mendapat tajaan biasiswa daripada mana-mana pihak
  • Bermaustatin di Wilayah Persekutuan Labuan sekurang-kurangnya 1 tahun dan masih menetap
  • Pelajar mestilah bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan atau sekolah agama kerajaan negeri atau sekolah agama yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri
  • Tertakluk kepada pengiraan Had Kiyatah yang telah ditetapkan

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat melalui borang permohonan bantuan yang boleh didapatkan melalui:

  • Bagi pelajar bersekolah di Wilayah Persekutuan Labuan, borang permohonan boleh diperolehi daripada Guru Biasiswa Baitumal yang dilantik di sekolah masing-masing
  • Bagi pelajar bersekolah di luar Wilayah Persekutuan Labuan, borang permohonan boleh diperolehi di alamat berikut:
    Unit Pembangunan Insan,
    Blok 4, Tingkat 13,
    Kompleks Ujana Kewangan,
    97019 Wilayah Persekutuan Labuan

Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2021

DOKUMEN SOKONG DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang perlu disediakan untuk permohonan:

  • Satu salinan kad pengenalan pelajar.
  • Satu salinan kad pengenalan ibu, bapa dan tanggungan / surat pengangkatan JPN / akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja)
  • Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri / surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja)
  • Satu salinan surat perakuan nikah / surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas.*
  • Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.*
  • Satu salinan sijil kematian ibu / bapa.*
  • Satu salinan kad memeluk Islam.*
  • Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon / tanggungan.*
  • Satu salinan surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.*
  • Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar bagi pemohon / tanggungan yang sedang belajar di IPT.*
  • Satu salinan cukai pintu / bil utiliti.
  • Satu salinan muka depan buku Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) tanpa kad / akaun bersama bagi pelajar sekolah rendah / buku akaun persendirian bagi pelajar

*jika berkenaan.

Muat turun senarai semak dokumen sokongan Skim Bantuan Am Persekolahan MAIWP di bawah:

SENARAI SEMAK SKIM BANTUAN AM PERSEKOLAHAN MAIWP 

Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter-kaunter Baitumal MAIWP berhampiran anda.

Untuk makluman anda, MAIWP ada juga menyediakan bantuan Kasih Asnaf Back To School untuk pelajar sekolah yang layak. Semak info lanjut bantuan DI SINI.

Baca juga: Senarai Bantuan Persekolahan Tahun 2021 Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma