Wilayah Cakna 5.0: Senarai Inisiatif & Bantuan Baharu Buat Rakyat Wilayah Persekutuan

Tujuh inisiatif baharu di bawah Inisiatif Wilayah Cakna 5.0 telah diumumkan oleh YB Tan Sri TPr Annuar Bin Haji Musa, Menteri Wilayah Persekutuan semalam dengan harapan dengan inisiatif dan bantuan yang diumumkan dapat membantu meringankan beban warga Wilayah Persekutuan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Sebelum ini Menteri WP telah mengumumkan 16 inisiatif di bawah Wilayah Cakna yang memberi bantuan dalam bentuk kewangan kepada orang awam. Inisiatif Wilayah Cakna 5.0 merupakan kesinambungan kepada inisiatif sebelum ini, namun mensasarkan bantuan dalam bentuk kemudahan kepada orang ramai.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai inisiatif dan bantuan baharu yang telah diumumkan.

7 INISIATIF WILAYAH CAKNA 5.0

1) Saringan Covid-19 Komuniti Bersasar Percuma

  • Kepada 20,000 orang warga emas dan kumpulan rentan di kawasan PPR/ PA DBKL dan Kampung Tradisi di WP Kuala Lumpur

Wilayah Cakna 5.0: Senarai Inisiatif & Bantuan Baharu Buat Rakyat Wilayah Persekutuan

2) Pemantauan dan Penguatkuasaan SOP

  • Di kawasan hotspot dan tumpuan orang ramai oleh KL Watch

Wilayah Cakna 5.0: Senarai Inisiatif & Bantuan Baharu Buat Rakyat Wilayah Persekutuan

3) Vaksinasi Percuma

  • Kepada gelandangan di WP Kuala Lumpur secara berperingkat

Wilayah Cakna 5.0: Senarai Inisiatif & Bantuan Baharu Buat Rakyat Wilayah Persekutuan

4) Vasinasi Percuma

  • Kepada 20,000 orang warga emas dan kumpulan rentan di lokasi terpilih menggunakan Trak Vaksin Bergerak

Wilayah Cakna 5.0: Senarai Inisiatif & Bantuan Baharu Buat Rakyat Wilayah Persekutuan

5) Inisiatif Wilayah Bebas Berniaga

Wilayah Cakna 5.0: Senarai Inisiatif & Bantuan Baharu Buat Rakyat Wilayah Persekutuan

6) Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota

  • 50 ruang perniagaan harian di Lorong TAR ditawarkan kepada golongan belia

Wilayah Cakna 5.0: Senarai Inisiatif & Bantuan Baharu Buat Rakyat Wilayah Persekutuan

7) Kelas Digital SPM YWP

  • Tuisyen online percuma kepada 20,000 calon SPM 2021 di WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mulai 1 Jun 2021

Wilayah Cakna 5.0: Senarai Inisiatif & Bantuan Baharu Buat Rakyat Wilayah Persekutuan

Sebarang makluman terbaru berkenaan pelaksanaan inisiatif yang dinyatakan akan dimaklumkan dalam perkongsian akan datang. Semoga rakyat Wilayah Persekutuan dapat memanfaatkan kemudahan dan inisiatif yang disediakan dalam musim pandemik ini.

Wilayah cakna 5.0 Wilayah cakna 5.0

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma