ILKBS Career Fest: Lebih 1,200 Jawatan Di Temuduga Terbuka Khas Untuk Semua Belia

Panggilan buat belia yang sedang mencari peluang pekerjan terutama lepasan sekolah dan graduan yang sedang menganggur! Semua belia dijemput untuk hadir ke temuduga terbuka kerjaya ILKBS Career Fest Zon Timur 2022 yang akan diadakan pada 26 Mei 2022. Lebih 1,200 peluang pekerjaan menanti anda.

Bagi yang berminat nak dapatkan peluang pekerjaan melalui temuduga terbuka ini, anda perlu hadir ke temuduga pada hari kerjaya tersebut dengan bawa bersama resume dan sijil serta berpakaian kemas bagi persediaan temuduga. Pelbagai majikan terlibat menawarkan pekerjaan dalam pelbagai sektor.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut karnival kerjaya dan panduan mohon peluang pekerjaan.

MAKLUMAT TEMUDUGA

  • Nama program: ILKBS Career Fest Zon Timur 2022
  • Anjuran: IKBN dengan kerjasama MyFutureJobs PERKESO
  • Tarikh temuduga: 26 Mei 2022
  • Masa: 8 pagi hingga 4 petang
  • Lokasi: IKBN Pekan

MAJIKAN TERLIBAT

Sesi temuduga terbuka ini dijalankan dengan kerjasama MYFutureJobs PERKESO melibatkan 14 Syarikat dari pelbagai bidang dan jawatan. Anda mungkin yang dicari. Antara majikan yang akan hadir adalah:

  • Alliance Steel (M) Sdn Bhd
  • Amjad Millenium Sdn Bhd
  • Camel Power (M) Sdn Bhd
  •  CTRM Aero Composite Sdn Bhd
  • Eco Palm Paper Sdn Bhd
  • Hicom Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd
  • Hirose Electric (M) Sdn Bhd
  • Linatex RubberProducts Sdn Bhd (Weir Minerals Malaysia)
  • Naluri Rasa Sdn Bhd
  • Nextgreen Pulp & Paper Sdn Bhd (NGPP)
  • Sentoria Themeparks and Resorts Sdn Bhd
  • SME Aerospace Sdn Bhd
  • UPECA Aerotech Sdn Bhd
  • ZF Chassis Systems Sdn Bhd

CARA MOHON PELUANG PEKERJAAN

Sekiranya anda berminat untuk sertai karnival kerjaya yang diadakan bagi mendapatkan peluang pekerjaan, anda hanya perlu hadir ke temuduga terbuka ILKBS Career Fest Zon Timur 2022 pada tarikh dan masa ditetapkan dengan:

  • Bawa bersama resume dan sijil
  • Berpakaian kemas

Untuk maklumat lanjut berkenaan karnival kerjaya yang diadakan, anda boleh terus ke laman web rasmi www.kemahiran.kbs.gov.my.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma