Berapa Harga Rumah Yang Layak Untuk Anda Berdasarkan Gaji Bulanan? Rujuk Di Sini

Semua orang pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Tidak kira tua atau muda impian memiliki rumah pasti ada tersemat dalam diri setiap orang. Apa yang menjadi masalah adalah apabila harga rumah yang terlalu tinggi tidak sepadan dengan gaji bulanan.

Sebab itulah setiap orang perlu tahu berapa harga rumah yang layak untuk diri kita berdasarkan gaji bulanan yang diterima. Anda boleh dapatkan Tips Membeli Rumah Berdasarkan Gaji .

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui berapa harga rumah dan jenis rumah yang layak untuk anda berdasarkan gaji bulanan.

HARGA RUMAH BERDASARKAN GAJI

Berikut adalah harga rumah yang layak untuk anda berdasarkan gaji bulanan:

Gaji RM1,800 ++

Untuk gaji bulanan RM1,800 purata harga rumah yang layak untuk anda adalah sekitar:

  • RM126,000

Anda boleh dapatkan rumah dengan harga ini di pasaran lelong, rumah sekunder ataupun mohon rumah PPRT.

Harga Rumah Yang Anda Layak Beli Berdasarkan Gaji Bulanan

Gaji RM2,500++

Sekiranya anda mempunyai gaji bulanan sekitar RM2,500, purata harga yang layak anda miliki adalah sekitar:

  • RM175,000

Anda boleh dapatkan rumah di pasaran sekarang, rumah sekunder, apartment atau boleh juga mohon rumah PRIMA.

Harga Rumah Yang Anda Layak Beli Berdasarkan Gaji Bulanan

Gaji RM3,500++

Dengan gaji sekitar RM3,500 setiap bulan, anda layak memiliki rumah dengan purata harga berikut:

  • RM245,000

Anda boleh dapatkan apartment, teres setingkat atau PRIMA.

Harga Rumah Yang Anda Layak Beli Berdasarkan Gaji Bulanan

Gaji RM4,500++

Jika gaji anda adalah sekitar RM4,500 sebulan, anda boleh memiliki rumah dengan harga sehingga:

  • RM315,000

Anda boleh dapatkan rumah pasaran baru, kondominium, teres 2 tingkat di luar bandar. Rumah teres 2 tingkat di kawasan bandar biasanya lebih tinggi kerana permintaan yang banyak.

Harga Rumah Yang Anda Layak Beli Berdasarkan Gaji Bulanan

Gaji RM5,000++

Gaji bulanan sekitar RM5,000 boleh memiliki rumah dengan purata harga:

  • RM350,000

Anda boleh dapatkan rumah pasaran baru, kodominium, teres setingkat, teres 2 tingkat, semi D di luar bandar.

Harga Rumah Yang Anda Layak Beli Berdasarkan Gaji Bulanan

Gaji RM10,000++

Sekiranya gaji bulanan anda sekitar RM10,000 sebulan, anda layak memiliki harga rumah sehingga:

  • RM700,000

Ada boleh miliki bunglow, semi D, penthouse dan kodominium mewah.

Harga Rumah Yang Anda Layak Beli Berdasarkan Gaji Bulanan

Sebagai peringatan kepada semua, jangan sesekali mencuba ambil rumah dengan harga yang lebih daripada 35% pendapatan bulanan anda. Pastikan anda ada juga buat simpanan untuk masa depan dan beli keperluan lain.

Tak salah pun tak memiliki rumah impian pada usia muda. Apa yang paling penting adalah kewangan kukuh. Pastikan anda buat perancangan kewangan sebaiknya sebelum membuat keputusan membeli rumah.

Baca juag: Panduan Asas Membeli Rumah Pertama Sesuai Untuk Golongan Bujang & Berkeluarga

Semoga bermanfaat!

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma