GOL 4.0: Mohon Bantuan Geran Perniagaan Sehingga RM5,000 Buat Rakyat Johor
Berita baik untuk rakyat Johor! Kerajaan Negeri Johor kini menawarkan bantuan geran perniagaan sehingga RM5,000. Geran Orang Lokal (GOL 4.0) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor dan diuruskan sepenuhnya oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd (PUJB) bagi membantu usahawan Johor meneruskan kelangsungan perniagaan.
Pemohon yang telah layak menerima bantuan ini akan memperoleh manfaat dari program dalam bentuk bantuan peralatan atau mesin.
Sekiranya anda berminat untuk memohon, dapatkan maklumat lanjut mengenai butiran syarat permohonan, kluster yang ditawarkan dan prosedur untuk membuat permohonan.
Isi Kandungan
GERAN ORANG LOKAL 4.0
Geran Orang Lokal merupakan bantuan untuk usahawan mikro adalah bantuan yang bernilai sehingga RM5,000. Usahawan mikro adalah usahawan yang mempunyai jualan tahunan berjumlah kurang daripada RM300,000 dan mempunyai kurang daripada 5 orang pekerja.
Permohonan Geran Orang Lokal 4.0 adalah dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 31 Januari 2022 – 14 Februari 2022 (jam 5 petang)
KLUSTER PERNIAGAAN YANG LAYAK MEMOHON
Hanya kluster perniagaan yang dinyatakan berikut sahaja layak menerima bantuan:
- Gunting rambut
Merangkumi bidang perkhidmatan berkaitan dandanan rambut. - Percetakan
Merangkumi bidang berkaitan percetakan dan lain-lain. - Kimpalan
- Pertukangan Kayu
- Makanan & Minuman (Pembuatan dan Pemprosesan Sahaja)
SYARAT PERMOHONAN
Pemohon yang memenuhi syarat permohonan GOL 4.0 berikut adalah diberi keutamaan:
- Penduduk tetap Negeri Johor & bermaustatin sekurang-kurangnya 5 tahun.
- Berumur 18 – 65 tahun
- Perniagaan beroperasi di Negeri Johor
- Belum pernah menerima bantuan daripada kerajaan Negeri Johor dalam tempoh 3 tahun
- Tiada tunggakan pinjaman atau sewaan
- Perniagaan beroperasi selama 6 bulan mengikut tarikh daftar SSM
- Salinan penyata akaun syarikat yang aktif untuk 6 bulan atau penyata akaun simpanan
- Sertakan bersama gambar premis dan perniagaan
- Satu syarikat layak untuk satu permohonan sahaja
- Perniagaan pemohon perlulah dijalankan sepenuh masa dan beroperasi di dalam Negeri Johor sahaja
- Sebut harga hendaklah dari pembekal yang sah serta tidak boleh diambil dari atas talian
- Sebut harga tersebut mestilah mempunyai cap rasmi dan “letterhead’’ syarikat pembekal serta perlu ditandatangani untuk pengesahan.
PROSEDUR PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat secara atas talian sehingga 14 Februari 2022 dengan langkah berikut:
- Pergi ke pautan https://www.pujb.my/
- Klik bahagian ‘Daftar Sistem PADU’
- Daftar akaun baru bagi yang belum pernah daftar
- Log masuk menggunakan email dan kata laluan yang didaftarkan
- Buat pendaftaran sehingga selesai
Setiap mesin dan peralatan yang dimohon TIDAK BOLEH ditukar selepas membuat permohonan. Hanya permohonan yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak PUJB melalui emel.
Sekiranya anda tidak mendapat sebarang maklumat dari PUJB dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan, dianggap TIDAK BERJAYA.
Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke alamat berikut:
- Pejabat Perbadanan Usahawan Johor (PUJB)
No.24, Jalan Iskandar Puteri 1/3 Iskandar,
Puteri Commercial Centre,
Taman Nusantara Prima,
81550 Gelang Patah, Johor Malaysia