Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Semak Senarai Agensi Umrah Berdaftar Di Malaysia Yang Terkini 

Oleh Cikgu Shaari • February 3, 2022 • 2 min baca

Semak Senarai Agensi Umrah Berdaftar Di Malaysia Yang Terkini 
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan SOP masih belum dimuktamadkan, walaupun kerajaan sudah umumkan pembukaan semula umrah 8 Februari 2022.  KKM menangguhkan pemergian jemaah umrah berkuat kuasa 8 Januari lalu, berikutan penularan COVID-19 varian Omicron.

Walaubagaimana pun, umat Islam yang berhasrat nak menunaikan umrah dah boleh semak senarai agensi umrah berdaftar di Malaysia. Agensi pengurusan umrah sudah bersiap sedia dengan polisi termasuk prosedur operasi standard (SOP) baharu dalam mengendalikan jemaah untuk menunaikan ibadah itu.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut cara buat semakan senarai agensi umrah berdaftar di Malaysia.

PAKEJ DITAWARKAN UNTUK MENUNAIKAN UMRAH

Berikut adalah pakej standard umrah yang perlu ditawarkan oleh ejen umrah:

  • Tiket penerbangan pergi dan balik
  • Visa Umrah
  • Penginapan
  • Operator yang sah/ Ground transport
  • Makanan
  • Lawatan/ ziarah
  • Diiringi oleh wakil syarikat
  • Mutawif
  • Perlindungan skim takaful umrah untuk kecemasan, sakit atau kematian

SENARAI AGENSI UMRAH BERDAFTAR DI MALAYSIA

Berikut adalah panduan membuat semakan senarai syarikat yang mempunyai lesen perniagaan pengendalian pelancongan luar negeri bagi umrah atau ziarah:

  1. Pergi ke pautan https://www.motac.gov.my/semakan/umrah
  2. Masukkan Nama Syarikat/ No. Lesen dan negeri di ruangan disediakan
  3. Klik Cari untuk buat carian

Sekiranya syarikat yang anda masukkan dipaparkan, itu bermaksud syarikat tersebut adalah berdaftar. Anda juga boleh semak senarai agensi umrah berdaftar di bahagian bawah laman tersebut seperti berikut:

Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk ambil pakej umrah dengan agensi yang berdaftar sahaja bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku nanti.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.