Garis Panduan Pemilihan IPTS & Kursus Pengajian, Elakkan Tersalah Buat Pilihan
IPTS atau singkatan kepada Institusi Pengajian Tinggi Swasta juga mempunyai fungsi yang sama seperti IPTA iaitu membuka peluang kepada pelajar untuk belajar di peringkat yang lebih tinggi. Sebelum buat pilihan IPTS untuk sambung belajar, pastikan anda ikut garis panduan pemilihan yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).
Garis panduan pemilihan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Sesi 2021/2022 ini disediakan bagi memberi panduan dan pendedahan kepada pelajar dan juga ibu bapa sewaktu membuat pilihan melanjutkan pengajian di IPTS seperti membuat semakan dan memahami terma dan syarat yang ditetapkan oleh IPTS tersebut.
Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan garis panduan pemilihan IPTS dan kursus pengajian yang disediakan oleh JPT.
Isi Kandungan
GARIS PANDUAN PEMILIHAN IPTS & KURSUS PENGAJIAN
Berikut adalah garis panduan pemilihan IPTS dan kursus pengajian yang dikongsikan oleh JPT:
Langkah 1: Semak Institusi
- Semak pendaftaran IPTS dengan Kementerian Pengajian Tinggi di pautan https://jpt.mohe.gov.my/
- Kenalpasti lokasi IPTS yang dipilih
- Kenalpasti kemudahan/ fasiliti yang disediakan oleh IPTS adalah lengkap dan kondusip
- Lawati IPTS terlebih dahulu atau dapatkan maklumat awal IPTS tersebut
- Semak IPTS dalam Sistem Penarafan IPT (MyQUEST/ SETARA) untuk membuat pemilihan di pautan https://jpt.mohe.gov.my/
Langkah 2: Semak Kursus Pengajian
- Semak kursus pengajian di IPTS yang dikreditasi oleh MQA dan diluluskan oleh KPT
https://www2.mqa.gov.my/mqr/
https://www2.mqa.gov.my/pasp/
https://eipts.mohe.gov.my/public/semak.php - Semak syarat kelayakan masuk minimum kursus di IPTS yang dipilih
Langkah 3: Semak Pembiayaan Pendidikan
- Semak yuran kursus pengajian yang ditawarkan (Buku panduan pelajar/ Struktur yuran)
- Kenaslpasti biasiswa pendidikan (Tajaan/ Biasiwa/ Pinjaman/ Persendirian)
Melalui garis panduan ini juga diharapkan dapat memastikan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian telah mendapat maklumat yang secukupnya sebelum membuat sebarang pemilihan pengajian.
Baca juga: Senarai Jawatan Kerajaan (SPA) Yang Boleh Dimohon Dengan Kelayakan SPM
Untuk maklumat lanjut berkaitan panduan pemilihan IPTS, anda boleh memuat turun e-book panduan di pautan berikut http://bit.ly/ebookpanduanIPTS9.