Cara Ganti Kad ATM Debit CIMB Yang Rosak/ Expired Secara Online Tanpa Ke Kaunter

Pasti ramai yang tak tahu kan sebenarnya kita boleh tukar kad ATM yang rosak atau tamat tempoh secara online? Biasanya kita akan ke kaunter CIMB sekiranya kad rosak atau tamat tempoh, kini tidak perlu lagi! Buat di rumah pun boleh.

Bagi yang masih belum sedar, sebenarnya setiap kad ATM ada tarikh luput. Jika dah sampai masa, kad tersebut tidak boleh digunakan lagi dan perlu ditukar kepada kad yang baru. Tarikh tamat tempoh kad ATM dipaparkan betul-betul di hadapan kad anda.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tarikh tamat tempoh kad ATM dan cara tukar kad CIMB yang rosak atau tamat tempoh secara online tanpa ke kaunter.

TARIKH TAMAT TEMPOH KAD ATM

Bagi yang masih tak tahu, anda boleh ketahui bila kad anda tamat tempoh dengan semak di kad yang tertulis VALID THRU seperti berikut:

VALID THRU 11/23 bermaksud kad anda akan tamat tempoh pada bulan 11 tahun 2023. Kad Debit CIMB yang telah tamat tempoh atau akaun tamat tempoh dalam tempoh 3 bulan akan datang boleh diganti secara online dengan mudah.

Semua pemegang kad debit CIMB boleh gunakan kemudahan tukar kad secara online kecuali jika kad berkenaan hilang/ dicuri atau terlupa nombor PIN.

JENIS KAD YANG TIDAK BOLEH DIGANTI ONLINE

Perkhidmatan ganti kad CIMB online ini tersedia untuk kebanyakan Kad Debit CIMB KECUALI:

  • Kad Master Debit CIMB PETRONAS
  • CIMB MyDebit Mastercard (dahulunya dikenali sebagai CIMB Tesco Debit Mastercard)
  • Kad Master Debit Pilihan CIMB
  • Kad Master Debit Octo CIMB.

CARA GANTI / RENEW KAD ATM DEBIT CIMB SECARA ONLINE

Berikut adalah panduan ganti kad ATM Debit CIM yang rosak atau tamat tempoh secara atas talian:

  1. Layari laman web https://www.cimb.com.my/renewal
  2. Sila baca syarat-syarat dan fahamkan terma yang dinyatakan
  3. Isikan borang permohonan pada e-Form yang disediakan
  4. Anda akan menerima Kad Debit CIMB anda dalam masa 14 hari bekerja (tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum).

Anda boleh menggunakan Kad Debit CIMB sedia ada anda sehingga tarikh luput kad debit sedia ada anda. Sebaik sahaja anda mengaktifkan kad debit yang diperbaharui, kad debit sedia ada anda tidak akan aktif lagi.

Anda dikehendaki segera memusnahkan kad debit sedia ada anda apabila mengaktifkan kad debit pembaharuan dengan memotongnya separuh merentasi jalur magnetik dan mikrocip.

Anda mesti mengaktifkan kad baharu di mana-mana Mesin Juruwang Automatik (“ATM”) dengan menggunakan kad debit 6 digit nombor pengenalan peribadi ATM (“PIN”) anda yang sedia ada dan melakukan transaksi ATM.

Baca juga: Tanpa Ke Bank, Ini Cara Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak/ Tamat Tempoh Secara Online

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma