Resume

Perlu Ke Letak Gambar Dalam Resume? Jika Nak Letak, Ini Contoh Gambar Yang Sesuai

January 19, 2026Oleh Cikgu Shaari2 min baca

Apabila menyiapkan resume, pastinya tertanya-tanya sama ada perlu atau tidak meletakkan gambar berukuran pasport ke dalam resume. Yang penting disini, masukkan maklumat berguna di dalam resume berbanding memikirkan memasukkan gambar atau tidak ke dalam resume anda.

Kebanyakan calon yang dah buat resume pasti ada letakkan gambar sekali kan dalam resume? Sebenarnya gambar tak penting pun. Nak letak boleh, tak nak letak pun boleh. Namun anda kena ikut juga ya arahan dari bakal majikan. Jika mereka minta resume yang bergambar, pastikan anda masukkan gambar dalam resume seperti diarahkan!

Macam mana nak letak gambar dalam resume? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui caranya.

BILA MASA CALON PERLU LETAK GAMBAR DALAM RESUME

Sebenarnya perlu atau tidak meletakkan gambar di dalam resume adalah tidak penting dan ianya terpulang pada diri calon masing-masing.

  • Jika calon beranggapan bahawa meletakkan gambar ke dalam resume merupakan pandangan pertama majikan terhadap calon, letakkan sahaja gambar anda pada resume.
  • Seterusnya jika kerja anda berkaitan seperti penyambut tetamu atau modelling yang memerlukan majikan melihat wajah anda, letakkan sahaja gambar anda di dalam resume.
  • Sekiranya bakal majikan meminta anda hantar resume yang bergambar, pastikan anda letak gambar dalam resume seperti diarahkan

Tetapi pada masa ini, calon yang memohon kerja terus meletakkan gambar masing-masing kerana kebanyakan contoh resume, mereka meletakkan gambar pada bahagian atas resume sebelum meletakkan maklumat yang diperlukan.

TIPS LETAK GAMBAR DALAM RESUME

Jika anda hendak meletakkan gambar dalam resume, pastikan anda letak gambar seperti berikut:

  • Gambar berukuran pasport dalam keadaan formal
  • Berpakaian formal, cantik dan bersih
  • Background kosong berwarna putih atau biru (digalakkan menggunakan background berwarna putih)
  • Gambar mestilah jelas menunjukkan wajah anda
  • Boleh diletakkan dibahagian tengah atau kiri atau kanan resume
  • Mestilah gambar wajah anda yang terkini
  • Boleh memakai tag nama pada blazer jika perlu

CONTOH GAMBAR YANG BOLEH DILETAK DALAM RESUME

Ini adalah contoh gambar yang sesuai dimasukkan dalam pelbagai jenis resume. Namun sekiranya anda mohon kerja dalam bidang kreatif, anda boleh letak gambar yang lebih kreatif ya!

Semoga bermanfaat!

Topik artikel ini
Resume
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda