Fungsi Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP Yang Ramai Tak Tahu

Sebagai majikan, sebahagian daripada tanggungjawabnya adalah untuk membuat bayaran caruman KWSP bagi setiap pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan. Majikan perlu memastikan caruman bulanan mereka dipotong dengan betul daripada gaji bulanan dan dibayar kepada KWSP. Akses secara dalam talian (online) memudahkan lagi bayaran caruman KWSP.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui info lanjut mengenai caruman KWSP yang semua perlu tahu.

Isi Kandungan

CARUMAN MAJIKAN & PEKERJA

Pasti semua dah tahu bahawa KWSP ini terbahagi kepada dua akaun. Caruman yang  dapat setiap bulan daripada majikan akan dibahagikan kepada 70:30. Iaitu 70% disalurkan ke Akaun 1 manakala baki 30% itu akan dimasukkan ke dalam Akaun 2.

Mengikut kadar caruman semasa adalah 23% daripada gaji pekerja: 11% adalah caruman pekerja yang dipotong daripada gaji bulanan pekerja manakala 12 % adalah caruman oleh majikannya. Daripada caruman tersebut:

  • Akaun 1: 70% daripada caruman bulanan daripada majikan
  • Akaun 2: 30% daripada caruman bulanan daripada pekerja

Akaun 1

Simpanan di dalam Akaun 1 ini adalah bertujuan untuk kegunaan selepas bersara dan pelaburan kita sahaja. Jadi, simpanan di dalam Akaun 1 ni sama sekali tidak boleh diusik atau dalam erti kata lain tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum kita mencecah umur 55 tahun.

Disarankan agar anda meletakkan penama, jika tidak nanti waris akan mempunyai masalah untuk membuat tuntutan. Penama boleh terdiri daripada suami/isteri/ayah/ibu/anak atau individu yang kita nak wariskan harta kita.

Baca sini: Cara Kemaskini Penama Akaun KWSP, Elakkan Pengeluaran Disekat

Anda juga dibenarkan untuk melabur sebahagian daripada simpanan ini di atas kerelaan diri sendiri.

Akaun 2

Simpanan di dalam Akaun 2 pula adalah bertujuan untuk membantu kita membuat persediaan bila nak bersara. Oleh itu pengeluaran dibenarkan bagi tujuan:

Sekiranya anda ingin semak jumlah simpanan dalam Akaun KWSP anda, anda boleh semak penyata secara online dengan kaedah DI SINI.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma