Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Format Emel Permohonan Opsyen Calon Guru & Panduan Hantar Email Yang Betul

Oleh Cikgu Shaari • July 8, 2021 • 2 min baca

Format Emel Permohonan Opsyen Calon Guru & Panduan Hantar Email Yang Betul
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Calon yang ingin mohon pengambilan khas guru secara one-off yang telah dibuka ini boleh buat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP). Terdapat pelbagai opsyen mata pelajaran yang telah dibuka bagi pengambilan calon guru di Sekolah Menengah (SM), Sekolah Kebangsaan (SK), dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Dalam sistem mySPP, calon tidak boleh buat sebarang pilihan opsyen mata pelajaran yang calon mahu. Calon perlu buat pilihan opsyen melalui email selepas permohonan melalui mySPP dihantar. Dalam permohonan melalui email, calon berhak memilih 1 opsyen mata pelajaran yang calon mahu.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui format emel yang betul dan panduan menghantar emel pemilihan opsyen.

STEP YANG BETUL

Berikut adalah step yang betul mohon pengambilan calon guru:

  1. Daftar mySPP
  2. Buat permohonan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 di mySPP
  3. Dah mohon, buat permohonan pemilihan opsyen melalui email

Rujuk: Langkah demi langkah permohonan jawatan & pengisian opsyen calon guru

FORMAT EMEL PERMOHONAN

Perkara yang perlu ada dalam emel permohonan pemilihan opsyen adalah:

  • Nama Penuh
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Negeri Kelahiran
  • Opsyen Permohonan (Nama Mata Pelajaran)
  • Nama Kelulusan Ijazah Sarjana Muda
  • Major
  • Minor (sekiranya ada)
  • Nama Diploma Pendidikan/ Diploma Pascasiswazah Pendidikan (sekiranya ada)
  • Pautan Google Drive (disertakan semua dokumen temu duga)

Tak tahu nak pilih opsyen mana? Pastikan anda semak senarai opsyen yang ditawarkan dan syarat kelayakan bagi setiap opsyen.

CONTOH EMEL PERMOHONAN

Berikut adalah contoh emel lengkap permohonan pemilihan opsyen calon guru:

[Lengkap] Panduan Pilih Opsyen Mata Pelajaran Untuk Mohon Pengambilan Khas Guru KPM

Nota: Calon hanya boleh pilih 1 opsyen sahaja bagi satu permohonan melalui email.

ALAMAT EMAIL MENGIKUT OPSYEN

Calon mestilah hantar email permohonan kepada alamat emel yang betul mengikut opsyen:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web rasmi www.spp.gov.my

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.