Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Senarai Hospital & Fasiliti Kesihatan KKM Yang Menyediakan Perkhidmatan Perubatan Long COVID

Oleh Cikgu Shaari • May 12, 2022 • 2 min baca

Senarai Hospital & Fasiliti Kesihatan KKM Yang Menyediakan Perkhidmatan Perubatan Long COVID
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Virus SARS-Co-V-2 atau Covid-19 mula melanda negara lebih 2 tahun lalu dan sehingga kini, lebih 4.4 juta individu telah berjaya sembuh daripada jangkitan Covid-19. Namun bagi segelintir individu, ia mungkin merupakan permulaan kepada sebuah perjuangan yang panjang ke arah pemulihan sepenuhnya.

Dikenali dengan meluas sebagai kompilasi atau sindrom Covid-19 berpanjang (Long Covid) dan boleh berlaku tanpa mengira tahap jangkitan Covid-19, kadar prevalen di dalam negara bagi individu yang mengalami gejala Long COVID setelah sembuh daripada jangkitan COVID-19 kategori 4 dan 5 adalah 65.1 peratus, di mana 61.2 peratus daripadanya mengalami lebih daripada 2 gejala Long COVID.

Tanpa rawatan yang khusus dan berstruktur, Long COVID boleh berterusan sehingga menjejaskan kualiti hidup individu.

PERUBATAN REHABITILITASI

Bagi individu yang mengalami gejala Long COVID serius sehingga menjejaskan kefungsian yang ketara serta menjejaskan keupayaan untuk kembali bekerja, mereka boleh dirujuk kepada hospital dengan kepakaran perubatan rehabilitasi yang dinyatakan.

Perubatan Rehabilitasi merupakan kepakaran yang memberikan fokus kepada peningkatan kefungsian individu melalui diagnosis, rawatan kesihatan, mengurangkan kehilangan upaya serta pencegahan komplikasi.

SENARAI HOSPITAL & FASILITI KESIHATAN LONG COVID

Berikut adalah senarai hospital dan fasiliti kesihatan yang menyediakan perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi bagi Long COVID:

a) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

  • Hospital Rehabilitasi Cheras
  • Hospital Kuala Lumpur
  • Pusat Perubatan Universiti Malaya
  • Hospital Chancellor Tunku Mukhriz
  • Hospital Universiti Putra Malaysia
  • Hospital Daehan Rehab (Putrajaya)
  • Pusat Perubatan Prince Court
  • Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
  • Pusat Perubatan Ara Damansara

b) Selangor

  • Hospital Sungai Buloh
  • Hospital Serdang
  • Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
  • Hospital Shah Alam
  • Hospital Universiti Teknologi MARA
  • Hospital ReGen Rehab
  • Hospital Sunway

c) Negeri Sembilan

  • Hospital Tuanku Jaafar Seremban
  • Hospital Rembau
  • Hospital Bandar Seri Jempol
  • Hospital Tuanku Ampuan Najihah

d) Pahang

  • Hospital Tengku Ampuan Afzan
  • Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

e) Kelantan

  • Hospital Raja Perempuan Zainab II
  • Hospital Universiti Sains Malaysia

f) Pulau Pinang

  • Hospital Pulau Pinang
  • Hospital Seberang Jaya
  • Hospital Balik Pulau

g) Kedah

  • Hospital Sultanah Bahiyah
  • Hospital Jitra
  • Hospital Kuala Nerang
  • Hospital Sultan Abdul Halim

h) Perak

  • Hospital Raja Permaisuri Bainun
  • Hospital Batu Gajah

i) Sabah

  • Hospital Sandakan
  • Hospital Queen Elizabeth

j) Sarawak

  • Hospital Umum Sarawak
  • Hospital Miri
  • Hospital Sibu

k) Johor

  • Hospital Sultan Ismail
  • Hospital Sultanah Aminah

l) Terengganu

  • Hospital Kemaman
  • Hospital Sultanah Nur Zahirah
  • Hospital Dungun

m) Melaka

  • Hospital Melaka
  • Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.