Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Mulai 1 April, Tuntutan Faedah Covid-19 PERKESO Diproses Sebagai Penyakit Khidmat

Oleh Cikgu Shaari • April 4, 2022 • 2 min baca

Mulai 1 April, Tuntutan Faedah Covid-19 PERKESO Diproses Sebagai Penyakit Khidmat
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bermula 1 April, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan memproses tuntutan faedah berkaitan kes Covid-19, di bawah kategori Penyakit Khidmat. Perkeso dalam kenyataan telah memaklumkan selain Covid-19, terdapat pelbagai penyakit berjangkit lain yang turut ditelakkan di bawah Penyakit Khidmat.

Bagi permohonan tuntutan faedah oleh pekerja yang disahkan positif Covid-19 sebelum 1 April, proses tuntutan tersebut akan diproses sebagai Bencana Kerja.

Tahu tak apa yang dimaksudkan dengan Penyakit Khidmat? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan faedah di bawah Penyakit Khidmat PERKESO.

PENYAKIT KHIDMAT

Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Antara contoh Penyakit Khidmat adalah:

  • Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan
  • Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya
  • TERKINI: Jangkitan Covid-19 daripada tempat kerja
  • Jangkitan virus Nipah, Tuberkulosis (batuk kering) dan Leptospirosis (penyakit kencing tikus).

TUNTUAN FAEDAH PERKESO BAGI KES COVID-19

Sekiranya Orang Berinsurans (OB) Perkeso ingin membuat tuntutan faedah bagi kes Covid-19, tuntutan tersebut masih layak dipertimbangkan, namun terhad kepada pekerjaan yang terdedah kepada agen biologi, dan adanya jangkitan dalam kalangan pekerja jagaan kesihatan.

Permohonan tersebut akan diproses sebagai Penyakit Khidmat dan OB yang layak, akan menerima faedah-faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan atau Skim Keilatan mengikut kelayakan masing-masing merangkumi:

  • Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS)
  • Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK)
  • Pencen Penakat
  • Pencen Ilat dan
  • Faedah Pengurusan Mayat (FPM)

Bagi permohonan tuntutan faedah oleh OB yang disahkan positif Covid-19 sebelum 1 April, proses tuntutan tersebut akan diproses sebagai Bencana Kerja.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.