eRumah Penang: Permohonan Pendaftaran Rumah Kos Rendah/ Kos Sederhana Di Pulau Pinang

Berita baik buat rakyat Pulau Pinang! Rakyat Pulau Pinang yang sedang mencari rumah pertama mampu milik boleh buat permohonan melalui sistem yang diperkenalkan iaitu laman sistem Portal Rasmi eRumah Penang.

eRumah adalah Sistem maklumat perumahan kerajaan negeri Pulau Pinang yang merupakan salah satu inisaitif yang disediakan selaras dengan aspirasi kerajaan negeri Pulau Pinang yang inginkan “Satu Rumah, Satu keluarga”.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran rumah mampu milik di Pulau Pinang dan cara mohon melalui eRumah Penang.

FAKTOR PENUBUHAN ERUMAH PENANG

Faktor pemangkin penubuhan eRumah Penang adalah kerajaan negeri mendapati:

  • Harga rumah yang terlalu mahal
  • Kos sara hidup tinggi
  • Ramai yang tidak mampu memiliki rumah sendiri

SKIM PERUMAHAN KERAJAAN NEGERI

Sistem eRumah Penang diperkenalkan bagi memberi kemudahan kepada golongan yang berpendapatan rendah mohon skim perumahan kerajaan negeri seperti:

  • Rumah Kos Rendah (KR)
  • Kos Sederhana Rendah (KSR)
  • Projek Perumahan Rakyat (PPR)
  • Rumah Mampu Miliki (RMM)

SENARAI PROJEK AKTIF

Anda boleh semak senarai penuh projek aktif beserta maklumat rumah yang ditawarkan di pautan berikut:

SYARAT PERMOHONAN eRUMAH PENANG

Hanya permohonan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegara Malaysia (Pemohon dan isteri / suami)
  • Bermastautin di Negeri Pulau Pinang sekurang-kurangnya 5 tahun pada tarikh permohonan
  • Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
  • Pengundi berdaftar di Negeri Pulau Pinang SAHAJA (Pemohon dan isteri/suami)
  • Pendapatan pemohon / suami / isteri tidak melebihi RM750.00 atau Pendapatan seisi sekeluarga kurang daripada RM1,500.00
  • Tidak pernah memiliki rumah di Pulau Pinang dan di mana-mana negeri di Malaysia (walaupun telah dijual, pemohon suami / isteri adalah tidak layak memohon)
  • Ahli keluarga (suami / isteri dan anak-anak) dalam tanggungan sekurang-kurangnya 5 orang
  • Pertimbangan khas diberi kepada pemohon (isteri / suami) yang kurang upaya / ibu tunggal / balu-balu bekas anggota Pasukan Keselamatan yang terkorban semasa dalam tugas / setinggan-setinggan projek Kerajaan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan

DOKUMEN DIPERLUKAN

Keterangan mengenai butir-butir diri, pekerjaan, pendapatan dan alamat majikan bagi pemohon, isteri / suami serta tanggungan mestilah disokong dengan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang disahkan seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan suami / isteri
  • Salinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinan / Akuan sumpah perkahwinan pemohon
  • Sekiranya duda / janda, sertakan salinan Surat Daftar Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal)
  • Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran anak / tanggungan
  • Sekiranya bekerja dengan kerajaan / swasta sertakan dokumen berikut :-
    i) Surat pengesahan terkini daripada majikan / Salinan penyata gaji terkini pemohon dan suami / isteri
    ii) Salinan penyata KWSP terkini pemohon dan isteri / suami
    iii) Pengesahan dari Pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum
  • Sekiranya berniaga, sertakan dokumen berikut :-
    i) Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami
    ii) Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat / Lesen Perniagaan
  • Sekiranya bekerja sendiri, sertakan dokumen berikut :-
    i) Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami
  • Sekiranya tidak bekerja, sila sertakan Surat Akuan Sumpah
    i) Surat Akuan Sumpah “Tidak Berkerja” pemohon dan isteri / suami
  • 3 keping gambar rumah dari sudut tepi, belakang dan depan
  • 2 keping gambar bersaiz kad pengenalan
  • Salinan laporan CCRIS (Pemohon dan Isteri/Suami) – Sila rujuk Bank Negara Malaysia Cawangan Berhampiran

Pemohon dan isteri / suami hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) borang SAHAJA.

Jika terdapat@ berlaku pertukaran alamat surat menyurat, Pentadbiran ini hendaklah dimaklumkan dengan mengisi borang pertukaran alamat.

Surat Akuan Sumpah mestilah dibuat di hadapan Pesuruhanjaya Sumpah yang diwartakan oleh Kerajaan SAHAJA.

CARA MOHON ERUMAH PENANG

Berikut adalah panduan buat permohonan rumah mampu milik melalui eRumah Penang:

  1. Layari laman web eRumah Penang di pautan https://erumah.penang.gov.my/
  2. Klik SEMAKAN STATUS & LOGIN PEMOHON
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik Semak
  4. Untuk buat permohonan baru, klik di sini

  5. Pilih projek aktif yang anda berminat dan baca syarat kelayakan yang dinyatakan
  6. Lengkapkan permohonan sehingga selesai

Untuk manual lengkap permohonan, anda boleh rujuk di bawah:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus rujuk di Portal Sistem Maklumat Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di pautan https://erumah.penang.gov.my/.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma