Jangan Sesekali Lakukan 17 Perkara Ini Jika Anda Nak Lulus Temuduga Kerja
Nak GAGAL temuduga senang sahaja! Tapi nak LULUS temuduga memang susah. Sebab itulah calon perlu buat persiapan dari pelbagai aspek sebelum hadir temuduga. Antara persiapan yang boleh calon lakukan adalah bersedia dengan Soalan Yang Wajib Ditanya Ketika Temuduga, persediaan dari segi Pemakaian Yang Betul, pengetahuan mengenai syarikat berkaitan dan beberapa adab yang perlu dijaga ketika temuduga.
Ada beberapa perkara yang calon tak sedar dan sering dilakukan yang boleh menyebabkan mereka GAGAL temuduga. Walaupun ada perkara itu nampak remeh sahaja, tetapi kesannya adalah kepada penilaian penemuduga terhadap calon.
Jadi, jika anda nak berjaya temuduga, JANGAN lakukan beberapa perkara ini.
JANGAN LAKUKAN PERKARA INI SEMASA TEMUDUGA
- JANGAN mengunyah gula-gula getah ketika sesi temu duga.
- JANGAN terlalu bergantung kepada borang permohonan dan resume untuk menampilkan kebolehan anda. Tidak kira bagaimana hebat pun anda dari segi akademik untuk jawatan yang dipohon, anda masih perlu mempromosikan diri di hadapan penemuduga.
- Berjabat tangan dengan `kemas’ dan yakin. JANGAN bersalam dengan tangan yang basah.
- Tunggu sehingga anda dipelawa untuk duduk dan betulkan postur serta `bahasa badan’ anda. Duduk tegak, JANGAN gugup dan tunjukkan wajah bersedia dan berminat sepanjang tempoh temu duga.
- JANGAN merokok walaupun si penemuduga mengajak anda berbuat demikian. Elakkan juga merokok sebelum menghadiri temu duga supaya badan tidak berbau. Segarkan nafas anda.
- JANGAN gunakan bahasa pasar, slang atau kata-kata seperti ‘uh’, `hmmm’ dan sebagainya.
- JANGAN bercakap terlalu lemah-lembut. Suara yang bertenaga menggambarkan keyakinan.
- Miliki keyakinan dan tenaga yang tinggi tetapi JANGAN keterlaluan.
- JANGAN pula tunjukkan anda teramat memerlukan pekerjaan hingga sanggup menerima apa-apa jawatan pun.
- Elakkan berbicara mengenai topik yang kontroversi.
- JANGAN mengulas apa-apa yang negatif mengenai bekas majikan, penyelia atau teman sekerja.
- JANGAN berikan jawapan yang terlalu ringkas seperti ya atau tidak. Bila perlu, sokong jawapan anda dengan sedikit penerangan dan contoh. Ceritakan perkara yang dapat menyerlahkan bakat, kemahiran dan kesungguhan anda.
- Buktikan bahawa anda ada membuat kajian mengenai syarikat dan industri yang ingin diceburi bila menjawab soalan.
- JANGAN berbicara mengenai masalah peribadi atau keluarga.
- JANGAN jawab soalan dengan berkata sesuatu seperti “Itu soalan yang bagus..”. Anda boleh mengambil masa untuk memikirkan jawapan dengan mengulang semula soalan atau meminta penemuduga mengulang soalan. Tidak mengapa jika anda mengambil masa sejenak sebelum menjawab soalan.
- Tunjukkan apa yang anda boleh lakukan untuk syarikat berbanding apa yang boleh anda peroleh daripada mereka.
- JANGAN terburu-buru bertanyakan hal gaji, cuti, bonus atau faedah sehingga anda benar-benar menerima tawaran kerja itu tapi sentiasa bersedia jika ditanyakan soalan sebegitu.
Bila dah tahu perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga, semoga calon lebih ambil perhatian selepas ini. Kadang-kadang kita nampak macam perkara ini seperti remeh sahaja, tetapi hanya disebabkan sedikit kesalahan sahaja, temuduga anda boleh GAGAL.
Semoga bermanfaat!