Rumah Lelong: Cara Daftar e-Bidding dan Bida Rumah Lelong Online

Berikut Merupakan Panduan Cara Daftar e-Bidding Rumah Lelong dan Bida Rumah Lelong Online. Anda boleh jadikan panduan e-bidding rumah lelong di bawah sebagai rujukan awal anda membeli rumah.

Sistem lelongan awam secara dalam talian dikenali sebagai e-Lelong, adalah sistem dalam talian yang mengendalikan lelongan awam harta tak alih bagi prosiding halang tebus di Mahkamah Tinggi Malaya.

Bagi sesiapa yang berhasrat untuk dapatkan rumah dengan harga ‘idaman’ bolehlah cuba membuat bidaan di platform ini. Sistem ini berfungsi sebagai tempat anda dan individu lain tawar menawar harga rumah yang dilelong.

Baca Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2020

Jumlah yang tertinggi dibida pada rumah tersebut akan dapat memilikinya dengan bayaran deposit sebagai jaminan.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai sistem e-Lelong Mahkamah Tinggi Malaysia dan cara untuk anda daftar dalam e-lelong tersebut.

E-LELONG: BIDA RUMAH SECARA ONLINE

Perihalan hartanah yang akan dipaparkan untuk dilelong melalui Sistem e-Lelong ini adalah hartanah yang ditetapkan untuk dilelong oleh Mahkamah Tinggi di seluruh Semenanjung Malaysia.

Sistem e-Lelong ini memudahkan aktiviti lelongan awam, meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Mahkamah dan menggantikan lelongan awam secara manual.

Baca Rumah Mesra Rakyat: Syarat Serta Langkah Mohon Rumah Mesra Rakyat

Sistem e-Lelong membolehkan pembida membuat bidaan secara dalam talian tanpa perlu hadir ke Mahkamah. Melalui Sistem e-Lelong ini juga identiti pembida adalah dirahsiakan bagi mengelakkan kebocoran maklumat dan pembida juga boleh membuat bidaan tanpa sebarang campur tangan daripada pihak ketiga atau sindiket.

Lelongan awam yang dijalankan secara dalam talian ini hendaklah dikawal oleh Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar di Pusat Operasi e-Lelong yang ditempatkan di Kompleks Mahkamah Kuantan, Pahang.

Senarai Rumah Auction Online

CARA DAFTAR E-BIDDING LELONG RUMAH

1. Daftar Akaun

Untuk memulakan proses bidaan, apa yang perlu anda lakukan pertama kalinya adalah membuat pendaftaran akaun di laman web e-Lelong. Akaun mestilah didaftarkan ke atas nama individu yang ingin membeli rumah yang dilelong.

Contohnya jika si suami yang ingin beli rumah, si suami tidak boleh daftar akaun ke atas nama dan kad pengenalan si isteri. Si suami perlu gunakan maklumat pengenalan si suami sebagai pembeli.

Ini kerana nama yang didaftarkan sebagai pembeli adalah nama yang didaftarkan atas akaun yang digunakan.

Pastikan emel yang dimasukkan semasa pendaftaran adalah tepat kerana kata laluan akan dihantar melalui emel tersebut.

2. Sediakan Modal Deposit 10%

Jika anda ingin bida lelongan rumah, semestinya anda perlukan modal sekurang-kurangnya 10% deposit dalam bentuk bankdraft. Untuk memudahkan urusan anda, buat bankdraft dengan akaun bank yang anda miliki.

Baca Cara Kira Loan Perumahan Bagi Penjawat Awam, Pekerja Swasta atau Bekerja Sendiri

Ini kerana jika anda tidak menang bidaan nanti, deposit yang dilaburkan akan terus masuk balik ke akaun bank anda.

Penama bankdraft ini mestilah kepada akaun bank individu yang melelong rumah yang diingini. Dalam laman web didaan tersebut ada maklumat semuanya. Anda boleh rujuk pada notis jualan unit tersebut.

3. Hantar Bank Draft Ke Mahkamah Tinggi

Bank draf yang telah siap mestilah dihantar ke mana-mana mahkamah tinggi berdekatan sehari sebelum hari lelongan dibuat. Anda tidak boleh pergi awal daripada itu. Contohnya lelongan adalah pada hari Isnin, Jumaat anda sudah perlu hantar.

Bankdraft perlu dihantar bersama dengan slip yang dicetak dalam laman web tersebut. Klik pada “i am interested” dan ikut langkah yang diberikan sampai bahagian cetak slip yang melayakkan anda bida pada hari lelongan nanti.

Cara e-Bidding

4. Tunggu Waktu Bidaan Di Buka

Bila sudah hantar bankdraft dan slip ke mahkamah tinggi, tunggu sehingga waktu bida atau lelong yang telah ditetapkan. Pastikan anda log masuk ke akaun 5 minit awal sebelum waktu bida. kalau anda log masuk terlalu awal, laman web tersebut mungkin akan terlog keluar dengan sendirinya.

Jangan pula log masuk lewat walaupun 1 hingga 2 minit kerana sistem lelongan tersebut akan mula tepat pada waktu yang telah ditetapkan.

Jadi pastikan anda tepati masa dan waktu bidaan di buka.

5. Mula Sesi Bida

Anda boleh mulakan sesi bidaan bila waktunya sudah tiba. Ingat, bida ikut bajet yang anda ada, jangan terlalu ikut kehendak hati atau ikut orang lain. Pastikan kelayakan pembiayaan anda lepas.

Kalau tak berjaya, jangan putus asa. Cuba lagi pada unit yang lain. Anda boleh ambil semula bankdraft anda pada keesokan hari.

Lelong Rumah

Bagi yang berjaya, boleh terus cetak kontrak yang diberikan dan terus pergi ke LHDN untuk stamping. Cetak lebih sehingga 3 atau empat salinan kerana anda perlu serahkan kepada lawyer, pinjaman bank dan untuk simpanan sendiri. 1 salinan memerlukan RM10 sahaja untuk stamping.

Rumah Lelong dan Bida Rumah Lelong Online

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai terma dan syarat beserta panduan pengguna dalam membuat bidaan di e-Lelong, layari pautan berikut:

Selamat mencuba membeli rumah lelong pertama anda.

Di bawah merupakan FAQ ringkas Cara Daftar e-Bidding dan Bida Rumah Lelong Online.

Apa itu e-lelong?

e-Lelong adalah sistem dalam talian yang mengendalikan lelongan awam harta tak alih bagi prosiding halang tebus di Mahkamah Tinggi Malaya.

Bagaimana sistem ini berfungsi?

Sistem ini berfungsi sebagai tempat anda dan individu lain tawar menawar harga rumah yang dilelong.

Dimanakan lokasi hartanah dilelong dalam sistem e-Lelong ini?

Perihalan hartanah yang akan dipaparkan untuk dilelong melalui Sistem e-Lelong ini adalah hartanah yang ditetapkan untuk dilelong oleh Mahkamah Tinggi di seluruh Semenanjung Malaysia.

Untuk membida perlukah pembida hadir ke mahkamah?

Tidak perlu, anda boleh buat secara online

Bagaimana membuat pendaftaran e-Bidding Lelong Rumah?

Untuk memulakan proses bidaan, apa yang perlu anda lakukan pertama kalinya adalah membuat pendaftaran akaun di laman web e-Lelong. Akaun mestilah didaftarkan ke atas nama individu yang ingin membeli rumah yang dilelong.

Berapakah deposit yang diperlukan?

Jika anda ingin bida lelongan rumah, semestinya anda perlukan modal sekurang-kurangnya 10% deposit dalam bentuk bankdraft. Untuk memudahkan urusan anda, buat bankdraft dengan akaun bank yang anda miliki.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma