Tawaran Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UUM Ambilan 2024 Dibuka

Buat graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda yang bukan dari bidang pendidikan dan berminat untuk menjadi seorang tenaga pengajar atau guru, inilah peluang anda. Universiti Utara Malaysia (UUM) kini membuka tawaran kemasukan ke Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dalam pelbagai bidang bagi kemasukan September 2024.

Setelah tamat pengajian, graduan DPLI  bersedia memenuhi keperluan tenaga pengajar, khususnya di sekolah menengah atau institusi pendidikan peringkat pra-universiti sebagai guru atau pensyarah pra-universiti dalam pelbagai bidang ilmu, sama ada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau di kolej swasta.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan kemasukan DPLI di UUM ambilan September 2024.

Baca juga: Cara Apply Permohonan Guru Ganti Sekolah Rendah atau Menengah Sepanjang Tahun

MAKLUMAT DPLI UUM

  • Mod pengajian: Sepenuh masa
  • Tempoh pengajian: 3 semester (1 tahun)
  • Tarikh Kemasukan: September 2024
  • Tempat pengajian: Pusat Pengajian Pendidikan, UUM
  • Tempoh praktikal pengajaran: 16 minggu di sekolah

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PGDE) September 2022 dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 30 Jun 2024

BIDANG DITAWARKAN

UUM menawarkan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah bagi bidang pengajian berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Pendidikan Islam
  • English Language Teaching (ELT)
  • Matematik

SYARAT KELAYAKAN

Graduan Ijazah yang berminat mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Lepasan Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian daripada UUM atau mana-mana institusi pengajian tinggi
  • Keputusan akademik dengan sekurang-kurangnya 2.75 dan ke atas; ATAU
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan; ATAU
  • Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.50 dan pengalaman mengajar tidak kurang daripada 3 tahun
  • Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UUM

PELUANG PEKERJAAN

Antara peluang pekerjaan menanti lepasan DPLI UUM adalah:

  • pendidikan (awam dan swasta)
  • Penggubal Kurikulum
  • Content Creator
  • Pempengaruh Pendidikan (Influencer in Education)
  • Usahawan Guru (Edupreneur)
  • Tutor Peribadi

CARA MOHON

Individu yang berminat dengan program pengajian yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan boleh buat permohonan sehingga 30 Jun 2024. Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut berkenaan program DPLI UUM, anda boleh terus hubungi Dr Mohd Tarmizi di talian berikut:

  • Tel: 04 9285387

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma