Download Borang i-Lestari KWSP Untuk Pengeluaran RM500. Isi dan Terus Hantar Emel Permohonan Anda
Seperti yang dimaklumkan, pengeluaran Akaun 2 di bawah i-Lestari KWSP boleh dibuat permohonan mulai 1 April 2020. Bagi memudahkan rakyat untuk membuat permohonan tanpa berurusan di kaunter KWSP agar terus berada di rumah, permohonan boleh dibuat melalui online, emel atau post.
Amaun yang layak dikeluarkan hanyalah RM500 untuk tempoh 12 bulan (maksimum). Namun ia bergantung juga kepada baki jumlah simpanan akaun 2 ahli. Bayaran akan dibuat bermula bulan permohonan dibuat sehingga Mac 2021.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat mengenai cara permohonan dan download borang permohonan untuk pengeluaran tanpa berurusan di kaunter.
CARA MOHON PENGELUARAN i-LESTARI
Terdapat empat cara ahli boeh membuat permohonan iaitu:
-
- Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); ATAU
- Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik); ATAU
- Secara pos/pos berdaftar ke alamat di bawah:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
(Pengeluaran i-Lestari) - Serahan di kaunter KWSP setelah PKP tamat.
Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran i-Lestari ini sekali sahaja dan pembayaran akan terus dikreditkan secara berulang setiap bulan ke dalam akaun bank ahli.
Dapatkan borang permohonan di bawah dan mula kemukakan permohonan anda dengan salah satu kaedah yang dikongsikan di atas.