Senarai Dokumen Diperlukan Untuk Mohon/ Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Untuk menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), hanya individu tertentu perlu buat permohonan baru dan kemaskini maklumat sepanjang tempoh ditetapkan. Bagi yang pernah menerima bantuan BPR & BKC, anda tidak perlu buat permohonan baharu, tetapi perlu kemaskini  sekiranya ada sebarang perubahan maklumat.

Semak: Senarai Individu Yang perlu Kemaskini / Buat Permohonan Baru BKM

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai dokumen yang diperlukan untuk buat permohonan baru atau kemaskini maklumat BKM.

SENARAI DOKUMEN UNTUK PERMOHONAN BARU BKM

Berikut adalah senarai dokumen diperlukan untuk buat permohonan baru BKM:

  • Sijil Kahwin
  • Sijil bercerai / sijil kematian pasangan
  • Pengesahan pasangan
  • Pengesahan status pelajar anak
  • Sijil lahir anak

SENARAI DOKUMEN UNTUK KEMASKINI MAKLUMAT

Penerima bantuan sedia ada yang tidak perlu buat permohonan baharu tetapi ingin kemaskini maklumat kerana ada perubahan maklumat, anda perlu sediakan dokumen berkaitan seperti berikut:

  • Sijil Kahwin – Bagi yang bertukar status bujang kepada berkahwin
  • Sijil bercerai / sijil kematian pasangan – Bagi yang bertukar status dari berkahwin ke bujang
  • Sijil lahir anak – Bagi yang bertambah bilangan anak
  • Bagi yang berubah maklumat akaun bank, anda hanya perlu masukkan maklumat akaun bank baharu

Bagi yang nak semak kelayakan dan buat permohonan baru atau kemaskini maklumat BKM, anda boleh buat di laman berikut:

SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN BARU BKM

Untuk makluman anda, BKM akan dibayar secara berperingkat, iaitu sebanyak 4 kali dalam setahun. Anda boleh semak tarikh bayaran pertama BKM akan disalurkan di bawah:

TARIKH BAYARAN PERTAMA BKM

Maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal LHDNM. Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma