Diskaun Tarif Elektrik Buat Industri Serta Peniaga Makanan Dan Minuman Di Sarawak
Sarawak akan melaksanakan beberapa pendekatan untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat susulan inflasi makanan. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai situasi ini dan berusaha mengatasinya.
Situasi semasa kenaikan harga bersih makanan termasuk inflasi import adalah di luar kawalan Kerajaan Sarawak. Kerajaan Sarawak akan memperkenalkan diskaun ke atas tarif elektrik kepada industri makanan dan minuman terlibat.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian diskaun tarif elektrik buat pengeluar dan peruncit makanan di Sarawak.
Isi Kandungan
PENGELUAR & PERUNCIT MAKANAN TERLIBAT
Pemberian diskaun ke atas tarif elektrik adalah melibatkan pengeluar dan peruncit makanan termasuk:
- Kedai kopi
- Restoran
- Industri Makanan dan Minuman
TUJUAN PEMBERIAN DISKAUN TARIF ELEKTRIK
Sarawak melaksanakan diskaun tarikf elektrik dengan matlamat untuk:
- Mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat susulan inflasi makanan
- Mengurangkan kos menjalankan perniagaan peniaga terlibat
- Menjangkakan ia akan mengurangkan harga pasaran makanan
Kerajaan Sarawak berusaha untuk mengubah sektor pertanian kita menjadi pengeksport makanan bersih di bawah PCDS 2030, yang mana akhirnya ia akan menjadi ‘game changer’ dalam menyediakan tahap keselamatan makanan.
Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu menjelaskan strategi dan pembangunan tenaga hidrogen di negeri itu akan diperluas serta menyentuh pelbagai sudut jana kuasa termasuk bahan api penerbangan mapan (SAF).