Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap • Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •

Tarikh Semakan Keputusan Temuduga Pengambilan Guru COS Tahun 2021

Oleh Cikgu Shaari • May 27, 2022 • 2 min baca

Tarikh Semakan Keputusan Temuduga Pengambilan Guru COS Tahun 2021
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Perhatian buat graduan pendidikan yang telah mohon dan hadir temuduga bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara Contract Of Service (COS) Tahun 2021! Kini anda dah boleh buat semakan keputusan temuduga bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara Contract Of Service (COS) Tahun 2021.

Calon yang terlibat boleh buat semakan secara online dengan mengisi nombor kad pengenalan di pautan yang disediakan. Calon yang berjaya temuduga mestilah ikut arahan selanjutnya yang telah dimaklumkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Ikuti perkongsian di bawah untuk tarikh semakan keputusan temuduga dan cara buat semakan keputusan temuduga.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA

Hebahan semakan keputusan pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara Contract Of Service (COS) Tahun 2021 adalah pada:

  • Tarikh semakan: 31 Mei 2022

CARA BUAT SEMAKAN

Calon yang terlibat dengan temuduga bagi pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara Contract Of Service (COS) Tahun 2021 boleh buat semakan keputusan temuduga melalui pautan berikut:

Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik Hantar. Keputusan temuduga berjaya atau tidak akan dipaparkan.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA BAGI YANG BERJAYA

Tahniah sekiranya anda berjaya temuduga! Calon yang berjaya perlu:

  • Memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat

Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat.

Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat:

  • guru@spp.gov.my.

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

Bagi calon yang menerima keputusan temu duga “CALON PERLU MENGEMUKAKAN DOKUMEN SEBELUM ____”, calon perlu menghubungi talian yang dinyatakan di bawah dan mengemukakan dokumen yang masih belum lengkap dengan segera sebelum tarikh yang ditetapkan.

Manakala bagi calon yang menerima keputusan temu duga “TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN MESYUARAT SURUHANJAYA”, keputusan temu duga calon akan dihebahkan selepas selesai hebahan keputusan temu duga bagi Fasa 3.

Urusan pengambilan:

  • 03 – 8893 4019
  • 03 – 8893 4020

Semakan boleh dibuat pada waktu seperti berikut:

  • Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 1.00 petang & 2.00 petang – 4.00 petang
  • Jumaat : 9.00 pagi – 12.15 tengah hari
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.