Tawaran Program Diploma Pendidikan UM Kemasukan Oktober 2021 Kini Dibuka (Pascasiswazah)

Buat graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda yang bukan dari bidang pendidikan dan berminat untuk menjadi seorang tenaga pengajar atau guru, inilah peluang anda. Universiti Malaysia kini membuka tawaran kemasukan ke Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan dalam pelbagai bidang bagi kemasukan Oktober 2021.

Program Diploma Pascasiswazah adalah kursus yang melibatkan pengajian selama satu tahun dan kelas adalah mengikut masa yang fleksibel.

Setelah tamat pengajian, graduan Diploma Pascasiswazah Pendidikan bersedia memenuhi keperluan tenaga pengajar, khususnya di sekolah menengah atau institusi pendidikan peringkat pra-universiti sebagai guru atau pensyarah pra-universiti dalam pelbagai bidang ilmu, sama ada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau di kolej swasta.

TEMPOH PERMOHONAN

Sekiranya anda berminat dengan program pengajian yang ditawarkan bagi kemasukan Oktober 2021, anda boleh mohon dalam tempoh berikut:

  • 1 Februari ~ 30 April 2021

PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

Berikut adalah senarai pengkhususan yang ditawarkan:

  • Pendidikan Sejarah
  • Pendidikan Bahasa Cina
  • Pendidikan Bahasa Melayu
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Pendidikan Matematik
  • Pendidikan Tahfiz
  • Pendidikan Kejuruteraan
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Sains Komputer
  • Pendidikan Fizik
  • Pendidikan Biologi
  • Pendidikan Kimia
  • Pendidikan Teknologi Pengajaran

TEMPOH PROGRAM

Pelajar akan mengikuti tempoh pengajian selama:

  • Satu tahun

SYARAT KEMASUKAN

Antara syarat-syarat kemasukan ke program Diploma Pendidikan UM ambilan Oktober 2021 adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 35 tahun
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada IPTA/IPTS tempatan atau luar negara
  • Memiliki Ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Perolehi kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPMV atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat IPT tempatan yang diiktiraf
  • Sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program

CARA MOHON DIPLOMA PENDIDIKAN UM 2021

Berminat untuk melanjutkan pengajian dalam program pendidikan seperti yang ditawarkan? Anda boleh mohon sebelum 30 April 2021 secara online. Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:

Pemohon diminta untuk daftar akaun terlebih dahulu dengan klik NEW USER dan masukkan semua maklumat yang diminta. Dah selesai daftar akaun, klik LOGIN TO MAYA untuk membuat permohonan.

Tawaran Program Diploma Pendidikan UM Kemasukan Oktober 2021 Kini Dibuka (Pascasiswazah)

Berikut adalah proses permohonan Program Diploma Pendidikan UM sesi kemasukan Oktober 2021:

Tawaran Program Diploma Pendidikan UM Kemasukan Oktober 2021 Kini Dibuka (Pascasiswazah)

Untuk maklumat lanjut berkenaan Program Diploma Pendidikan UM 2021 (Pascasiswazah) yang tawarkan, anda boleh dapatkan melalui saluran berikut:

Baca juga: Berbaloikah Sambung DPLI? Ini Senarai Program DPLI Dan Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma