Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UKM Dibuka

Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UKM Eksekutif dirangka secara sistematik bagi memenuhi permintaan perkhidmatan pendidikan berkualiti secara digital dan hibrid selari dengan permintaan pasaran pekerjaan khususnya dalam aliran sains sosial.

Kesinambungan itu, KSBB memulakan projek rintis dengan menawarkan program Diploma Pendidikan Eksekutif dengan kerjasama Fakulti Pendidikan UKM bersama Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKM SHAPE).

Bagi graduan dari pelbagai bidang yang berminat nak ceburi bidang pendidikan, anda boleh ikuti program seperti yang ditawarkan. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan permohonan.

PROGRAM DPLI UKM

Program DPLI ini merupakan salah satu sijil sebagai lesen untuk mengajar di sekolah kerajaan mahupun swasta. Program ini juga merupakan kursus yang melibatkan pengajian selama satu tahun setengah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah. Demikian, jadual pembelajaran adalah mengikut masa yang fleksibel. Peluang melanjutkan pendidikan bukan sahaja terhad kepada golongan pendidik malah kepada semua orang awam yang berminat melanjutkan pengajian tanpa mengganggu kerja hakiki masing-masing

Program DPLI ini adalah terbuka kepada semua bidang/kursus. Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ni ialah program untuk membina kemahiran profesional dalam pengajaran & pembelajaran murid-murid di sekolah atau di mana-mana institusi pendidikan dalam bidang yang berkaitan dengan ijazah pertama atau yang berkaitan dengan mata pelajaran/subjek yang sedang diajar disekolah/di mana2 institusi pendidikan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama institusi: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Nama program: Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UKM Eksekutif
  • Mod program: Mod Cuti Sekolah
  • Pengambilan: Ambilan September 2024 (TERBARU)
  • Tarikh tutup permohonan: 17 Julai 2024

OBJEKTIF PROGRAM

  • Menawarkan Program Diploma Lepasan Ijazah tanpa perlu memohon cuti pengajian dengan kos yang berpatutan
  • Meningkatkan penguasaan pengetahuan asas dan kemahiran khusus yang relevan dalam pengajaran dan pembelajaran
  • Meningkatkan kemampuan dan kebolehan penyelidikan berasaskan sekolah
  • Melahirkan Pendidikan yang profesional, berkualiti dan berkompetensi dalam pengajaran dan pembelajaran.

STRUKTUR PROGRAM

Kuliah akan dijalankan secara bersemuka atau atas talian.

KELEBIHAN PROGRAM

Antara kelebihan mengikuti Program DPLI UKM Eksekutif adalah:

  • Yuran pengajian berpatutan
  • Dijalankan semasa cuti persekolahan
  • Jangka masa pengajian setahun setengah
  • Pensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi
  • Pengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

SYARAT KEMASUKAN

Permohonan adalah dibuka kepada graduan yang merupakan lulusan seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda atau setara dengannya dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50 seperti yang diterima oleh Senat PPT; ATAU
  • Ijazah Sarjana Muda atau setara dengannya yang tidak mencapai PNGK 2.50, boleh diterima masuk tertakluk kepada sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan

YURAN PENGAJIAN

Berikut adalah jadual yuran pengajian untuk program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM):

Semester Yuran (RM)
Semester 1 RM 3500
Semester 2 RM 3500
Semester 3 RM 3200
Jumlah RM 10200

Harap maklum bahawa jumlah yuran pengajian adalah RM 10,200 dan bayaran boleh dibuat mengikut semester.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Borang permohonan yang lengkap diisi
  • Sekeping gambar terbaru berukuran passport (Lekatkan di dalam borang permohonan)
  • Salinan slip deposit bank bagi bayaran pemprosesan sebanyak RM50
  • Satu salinan sijil Ijazah Sarjana Muda yang berkenaan beserta Transkrip yang telah disahkan benar

CARA MOHON DPLI UKM

Sekiranya anda berminat dengan program yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan sebelum 17 Julai 2024 bagi kemasukan September 2024.

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk tahun 2024:

  1. Layari pautan [berikut].
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat.
  4. Klik butang “HANTAR” untuk menghantar permohonan anda.
  5. Rujuk juga FAQ DPLI UKM sebelum anda mengemukakan permohonan.

Harap maklum bahawa tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Julai 2024.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web https://koperasisiswazah.com/ atau hubungi Pihak Pengurusan KSBB di emel diplomaukm@gmail.com.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma