Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •Bantuan Komputer Riba Negeri Sembilan 2026: Syarat, Cara Mohon & Kelayakan Pelajar B40 •Daftar SSM Percuma 2026: Cara Mohon, Syarat & Siapa Layak (Panduan Lengkap) •Pekerja Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis (AWOL)? Ini Prosedur Betul Majikan Wajib Ikut Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Kiraan OT Malaysia 2026: Formula 1.5x, 2.0x & 3.0x (Panduan Lengkap Hari Pekerja) • Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •Bantuan Komputer Riba Negeri Sembilan 2026: Syarat, Cara Mohon & Kelayakan Pelajar B40 •Daftar SSM Percuma 2026: Cara Mohon, Syarat & Siapa Layak (Panduan Lengkap) •Pekerja Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis (AWOL)? Ini Prosedur Betul Majikan Wajib Ikut Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Kiraan OT Malaysia 2026: Formula 1.5x, 2.0x & 3.0x (Panduan Lengkap Hari Pekerja) •

Permohonan Diploma Kemahiran (DKM) Di Kolej Pertanian Malaysia Dibuka. Elaun Bulanan Disediakan

Oleh Cikgu Shaari • August 13, 2021 • 2 min baca

Permohonan Diploma Kemahiran (DKM) Di Kolej Pertanian Malaysia Dibuka. Elaun Bulanan Disediakan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) merupakan program di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI). Tawaran Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di Kolej Pertanian Malaysia kini dibuka buat lepasan SPM yang berminat.

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berminat dalam bidang pertanian boleh ikuti program pengajian DKM yang ditawarkan bagi kemasukan September 2021.

Pelbagai kemudahan disediakan sepanjang pengajian. Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan di perkongsian bawah.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Program Diploma Kemahiran Malaysia September 2021
  • Tempat pengajian: Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga Kedah
  • Kemasukan: September 2021

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan bagi mengikuti program pengajian ditawarkan adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 – 25 tahun pada tarikh pendaftaran
  • Memiliki (lulus) sijil SPM
  • Boleh membaca, mengira dan menulis.
  • Sihat tubuh badan
  • Bagi pemohon yang tidak memiliki SPM atau setaraf juga boleh memohon dan akan dipertimbangkan oleh pihak pengurusan Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP)

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Antara kemudahan disediakan sepanjang tempoh pengajian adalah:

  • Yuran pengajian PERCUMA
  • Elaun bulanan sebanyak RM200 – RM300
  • Penginapan asrama secara PERCUMA
  • Makan dan minum disediakan secara PERCUMA

PROGRAM PENGAJIAN

Berikut adalah senarai program pengajian Diploma Kemahiran Malaysia yang ditawarkan:

  • DKM Tanaman
  • DKM Ruminan
  • DKM Teknologi Makanan
  • DKM Pemasaran

CARA MEMOHON

Lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti pengajian di Kolej Pertanian Malaysia Bukit Tangga Kedah bagi kemasukan September 2021 boleh buat permohonan secara online sekarang. Permohonan boleh dibuat di laman berikut:

Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda .

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.