Permohonan Dermasiswa Zakat Kedah Untuk Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tempatan Kini Di Buka
Jika anda merupakan pelajar yang menetap di negeri Kedah dan sedang mencari bantuan kewangan, permohonan Dermasiswa Zakat Kedah kini dibuka bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana/PhD di dalam negara.
Permohonan boleh dibuat jika anda telah menepati syarat-syarat yang ditetapkan dan anda perlu mengikuti prosedur di bawah untuk membuat permohonan.
Baca juga: Permohonan Zakat UiTM
Isi Kandungan
DASAR AGIHAN ZAKAT NEGERI KEDAH
- Derma siswa Awal IPT dalam Negara merupakan bantuan sekaligus (one off) yang diberikan kepada pemohon dalam kalangan penuntut yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi di dalam negara. Bantuan ini tidak termasuk pelajar yang menyambung pengajian diperingkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau pusat pengajian yang bertaraf sekolah.
- Bantuan ini adalah di bawah asnaf ASNAF FISABILLAH dimana sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN dan diagihkan kepada 8 GOLONGAN ASNAF yang layak.
SYARAT PENERIMA BANTUAN ZAKAT KEDAH
- Pemohon mestilah beragama Islam
- Pemohon merupakan pemastautin / menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran)
- Pemohon menerima tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil / Asasi / Matrikulasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bermula tahun 2020 sahaja dan telah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian.
- Tempoh minimum pengajian adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bagi bidang kemahiran sekurang-kurangnya tiga ( 3 ) bulan pengajian.
- Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT di bawah umur disebabkan kemasukan khas atau mana-mana bidang kemahiran.
- Pemohon perlulah menyambung pengajian di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).
- Pelajar yang menyambung pengajian dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) adalah tidak layak memohon bantuan Awal IPTA.
- Borang permohonan yang lengkap diisi oleh pemohon hendaklah dihantar beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan.
PROSEDUR MENGISI BORANG PERMOHONAN
1. Isikan setiap butiran dengan lengkap dan jelas.
2. Borang yang telah lengkap diisi perlulah dikepilkan bersama dokumen-dokumen berikut (WAJIB DISERTAKAN) :
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan Waris / Penjaga
- Salinan Surat Tawaran Melanjutkan Pelajaran
- Salinan Slip Bank / Resit Pembayaran Awal Pengajian (yang telah dijelaskan) atau apa-apa dokumen bukti pembayaran masuk atau surat akuan masuk belajar daripada IPT.
- Salinan akaun bank pemohon (pelajar)
3. Semua salinan dokumen tersebut perlulah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Ketua Jabatan, Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengetua, Guru Besar dan Penghulu / Pegawai Gred 41 dan keatas).
4. Permohonan hendaklah dibuat melalui Pejabat Zakat Daedah dan borang yang telah lengkap diisi hendaklah juga dihantar ke Pejabat Zakat Daerah.
5. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi :
- Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan
Lembaga Zakat Negeri Kedah
Aras 5, Menara Zakat
Jalan Teluk Wan Jah
05200, Alor Setar Kedah
Telefon : 04-7331740 - Pejabat Zakat Daerah berhampiran
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN ZAKAT KEDAH
Jika anda memenuhi syarat yang ditetapkan seperti di atas, anda boleh membuat permohonan dengan memuat turun borang melalui pautan di bawah.