Permohonan Demasiswa MAIPk Bagi Pelajar Luar Negara Kini Dibuka

Majlis Agama Islam Perak kini membuka permohonan dermasiswa secara online bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di luar negara. Dimaklumkan bahawa permohonan dermasiswa online MAIPK telah dibuka kepada pelajar peringkat pengajian ijazah (kemasukan TAHUN 2015 ke bawah) dan pondok.

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian pada tarikh yang ditetapkan iaitu 5 Disember sehingga 14 Disember 2020.

Semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan dermasiswa di perkongsian bawah.

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Menetap di Negeri Perak
  • Permohonan dibenarkan kepada pelajar yang pernah menerima bantuan MAIPk; dan
  • Permohonan hanya dibenarkan SEKALI sahaja bagi tahun yang sama
  • Pelajar peringkat pengajian ijazah (kemasukan TAHUN 2015 ke bawah) dan pondok

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Permohonan mestilah disertakan bersama dokumen berikut:

  • Surat pengesajan pengajian terkini (Surat Tasdiq/ Isbat Tholib)
  • Slip Keputusan peperiksaan terkini
  • Surat pengesahan pendapatan atau slip gaji/ pencen ibu/bapa/penjaga
  • Salinan syarat pengesahan tinggal (Mastautin) di Negeri Perak; dan
  • Salinan nombor akaun bank

CARA MEMOHON

Bagi pelajar yang memerlukan bantuan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan sehingga 14 Disember 2020 (11.59 AM) di pautan berikut:

Permohonan yang lengkap perlu dicetak (1 salinan) dan dihantar sendiri ke Pejabat Atas pendidikan negeri Perak untuk proses selanjutnya.

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan terutamanya pelajar-pelajar di Mesir, Jordan & Morocco, sila hubungi talian +201098569800/En. Tasyreef, call & whatsapp, atau +201024824523/ En. Muhammad Fauzan, call & whatsapp.

Permohonan Demasiswa MAIPk Bagi Pengajian Luar Negara Kini Dibuka

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma