Gaji Anda Di Bawah RM1,200? Ini Cara Buat Aduan, Majikan Boleh Didenda Sehingga RM20,000

Tahukah anda gaji minimum di negara kita seperti yang ditetapkan pada 2019 adalah RM1,200 atau RM1,100? Pada tahun 2019, kerajaan memutuskan kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama. Pada tahun 2021, penetapan gaji minimum ini masih digunakan.

Sekiranya anda diambil bekerja dan diberi gaji kurang daripada gaji minimum yang ditetapkan, anda berhak untuk buat aduan dan majikan boleh dikenakan denda atau didakwa di mahkamah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai aduan & denda majikan yang menggajikan pekerja di bawah gaji minimum.

PENETAPAN GAJI MINIMUM RM1,200/ RM1,100

Kerajaan memutuskan kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama.

Gaji Minimum RM1,200 (Bandar Utama)

Bandar utama yang dimaksudkan adalah tersenarai di bawah pentadbiran majlis bandar raya dan majlis perbandaran berikut:

Kawasan Majlis Bandaraya

  1. Johor Bahru
  2. Iskandar Puteri
  3. Alor Setar
  4. Melaka Bersejarah
  5. Pulau Pinang
  6. Seberang Perai
  7. Ipoh
  8. Shah Alam
  9. Petaling Jaya
  10. Kuala terengganu
  11. Kuching Utara
  12. Kuching Selatan
  13. Miri
  14. Kota Kinabalu
  15. Kuala Lumpur
  16. Seremban

Kawasan Majlis Perbandaran

  1. Batu Pahat
  2. Kluang
  3. Kulai
  4. Muar
  5. Segamat
  6. Pasir Gudang
  7. Kulim
  8. Sungai Petani
  9. Langkawi
  10. Kubang Pasu
  11. Kota Bharu
  12. Alor Gajah
  13. Jasin
  14. Hang Tuah Jaya
  15. Port Dickson
  16. Jempol
  17. kuantan
  18. Temerloh
  19. Bentong
  20. Manjung
  21. Kuala Kangsar
  22. Taiping
  23. Teluk Intan
  24. Kangar
  25. Ampang Jaya
  26. Kajang
  27. Klang
  28. Selayang
  29. Subang Jaya
  30. Sepang
  31. kemaman
  32. Dungun
  33. Padawan
  34. Sibu
  35. Kota Samarahan
  36. Bintulu
  37. Sandakan
  38. Tawau
  39. Labuan
  40. Putrajaya

Gaji Minimum RM1,000

Manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama yang dinyatakan di atas.

DENDA TERHADAP MAJIKAN

Majikan anda boleh didenda, dan denda itu dikira bagi setiap pekerja yang gagal dibayar gaji minimum. Di bawah Seksyen 43 Akta Majlis Perundangan Gaji Negara 2011 (Akta 732):

Majikan yang tidak membayar gaji pokok sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah gaji minimum kepda pekerjanya melakukan suatu kesalahan, dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap pekerja.

Penalti untuk ketidakpatuhan bagi undang-undang ini adalah seperti jadual berikut:

Sumber

CARA BUAT ADUAN TERIMA GAJI DI BAWAH GAJI MINIMUM

Sekiranya anda merupakan pekerja yang telah menerima gaji di bawah gaji minimum, anda boleh buat aduan melalui salah satu kaedah berikut:

  1. Buat aduan terus ke Jabatan Tenaga Kerja berdekatan dengan anda dengan membawa butiran lengkap mengenai aduan yang ingin dibuat
  2. Buat aduan terus ke laman web Kementerian Sumber Manusia di http://mohr.spab.gov.my/.

Pastikan butiran aduan yang mengandungi butiran seperti berikut bagi memudahkan proses siasatan aduan dijalankan.

  • Nama
  • Jenis Pengadu
  • No Kad Pengenalan
  • Tajuk Aduan
  • Jantina
  • Butiran Aduan
  • Alamat
  • Aduan terdadap Bahagian/ Jabatan/ Agensi
  • Negara/ Negeri/ Daerah
  • Tindakan yang telah diambil pengadu
  • Telefon/ Emel
  • Tindakan yang dikehendaki dari Kementerian Sumber Manusia
  • Pekerjaan

Jangan pernah takut untuk bersuara mempertahankan hak anda! Sebagai seorang pekerja anda perlu sentiasa peka terhadap undang-undang yang melindungi hak anda tidak kira dari segi kebajikan, kesihatan dan juga dari segi pembayaran gaji anda.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma