Permohonan Dana Usahawan Bumiputera DUB@NCER. Bantuan Kewangan Sehingga 2 Juta

YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) dan Prihatin Tambahan baru-baru ini. Bagi melengkapkan inisiatif kerajaan ini, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan ini memperkasakan lagi Pakej Rangsangan di bawah program Dana Usahawan Bumiputera (DUB@NCER).

Dana Usahawan Bumiputera diwujudkan sebagai tipping point kepada inisiatif pelaburan swasta Bumiputera di NCER. Bantuan kewangan sehingga 15% atau maksimum RM2 juta dari nilai kos projek layak bagi pembangunan infrastruktur (pelaburan minimum RM1.5 juta) dan pembelian mesin peralatan (RM250 ribu).

OBJEKTIF DANA

Objektif dana yang ditawarkan adalah bagi:

  • Pemangkin kepada perlaksanaan projek-projek sedia ada atau baru bagi meneruskan ekosistem syarikat SME Bumiputera
  • Membantu meneruskan rantaian nilai dan ekosistem perniagaan SME Bumiputera yang memberi kesan yang ketara kepada pembangunan ekonomi dan komuniti di NCER
  • Projek perlu memberi impak strategik atau sumbangan yang signifikan kepada ekonomi di NCER termasuk projek-projek di dalam sektor teras NCIA dan projek yang memberi impak kepada industri dan komuniti.

KELAYAKAN MINIMUM DANA

Kadar kelayakan minimum untuk dana projek adalah seperti berikut:

  • Tidak mengambil kira kos tanah, belanja operasi termasuk modal kerja, kos perkhidmatan dan intangible assets
  • Bagi pembangunan infrastruktur, had maksimum status kemajuan projek yang dipohon adalah 30% (disahkan oleh Perunding Bebas)

GERAN YANG DITAWARKAN

Geran yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Geran sehingga 15% daripada nilai kos layak projek (QPC) atau nilai maksimum RM2 juta (yang mana lebih rendah)
  • Geran akan diasalurkan secara:
    – 10% Bayaran awal akan dibuat sehingga maksimum 3 bulan
    – 40% Bayaran kemajuan
    – 50% Bayaran akhir apabila status kemajuan projek mencapai 100%

SYARAT KELAYAKAN

Kriteria dan syarat kelayakan syarikat yang layak memohon adalah:

  • Hanya syarikat bersaiz kecil dan sederhana sahaja yang layak untuk memohon dana ini.
  • Kategori kecil dan sederhana perlu mengikut definasi SME Corporation.
  • Syarikat Kecil dan Sederhana yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1985 (SSM)
  • Modal berbayar syarikat sekurang-kurangnya RM100,000
  • Syarikat berpegangan saham efektif Bumiputera sekurang-kurangnya 51%
  • Projek perlu memberi impak strategik atau sumbangan yang signifikan kepada ekonomi di NCER termasuk projek-projek di dalam sektor teras NCIA yang memberi impak kepada industri dan komuniti adalah digalakkan memohon.

Permohonan Dana Usahawan Bumiputera DUB@NCER. Bantuan Kewangan Sehingga 2 Juta

CARA MEMOHON

Untuk membuat permohonan, anda dikehendaki muat turun borang Pra Permohonan Insentif NCER yang disertakan di bawah dan emailkan kepada pihak NCER di alamat incentives@ncer.com.my. Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian +604 502 0708.

DOWNLOAD BORANG PRA PERMOHONAN

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma