Permohonan Pembiayaan Modal Kerja Sehingga RM20,000 Melalui Program Aspirasi Assist

Jangan jadikan wabak COVID-19 sebagai penyebab perusahaan anda tergendala! Pada saat banyak perniagaan yang jatuh kerana wabak ini, pelbagai Program Bantuan COVID-19 diperkenalkan. Gandakan aliran tunai bisnes anda dalam masa yang sukar ini.

Axiata menawarkan pembiayaan mikro menerusi platform digital Aspirasi Assist dengan pembiayaan sehingga RM20,000 pada kadar keuntungan 0.75% sebulan. Tiada pembayaran balik untuk 6 bulan pertama dengan program Aspirasi Assist.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan pembiayaan melalui program Aspirasi Assist.

MANFAAT TAMBAHAN

Sekiranya pemohon mendapatkan pembiayaan yang ditawarkan, pemohon juga akan memperoleh beberapa manfaat tambahan berikut:

  • Pembiayaan ini termasuk perlindungan insurans khas Aspirasi SME OwnerProtect-X, yang memberi pembayaran sejumlah RM10,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh akibat kemalangan.
  • Berdasarkan situasi terkini COVID-19, insurans ini dilengkapi dengan COVID-19 Assist* yang memberi anda dan orang kesayangan anda bantuan kewangan tambahan sebanyak RM200 setiap hari jika disahkan positif COVID-19. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
  • Aspirasi SME OwnerProtect-X ditaja jamin oleh Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad.

MAKLUMAT PEMBIAYAAN

Jumlah Pembiayaan

  • Pembiayaan dari RM1,000 sehingga RM20,000

Tempoh Pembiayaan

  • 18 bulan – Tiada pembayaran balik untuk 6 bulan pertama, diikuti dengan pembayaran balik untuk 12 bulan.

Kadar Keuntungan

  • Kadar keuntungan 0.5% sebulan  (0.75% sebulan untuk pembiayaan melebihi RM10,000)

Pembiayaan Berasaskan Syariah

  • Aspirasi Capital ialah pembiayaan Syariah berasaskan konsep komoditi Murabahah.

Manfaat Akibat Kemalangan

  • Kematian: Dapatkan jumlah perlindungan bernilai RM10,000.
  • Hilang upaya kekal: Dapatkan jumlah perlindungan bernilai RM10,000.

Bantuan Kewangan Kecemasan

  • Dapatkan tuntutan sebanyak RM1,000 sekiranya berlaku kematian, hilang upaya kekal dan kemasukan ke hospital lebih daripada 4 hari akibat kemalangan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan pembiayaan Aspirasi Assist:

  • Pemohon mesti berusia di antara 18 ke 65 tahun.
  • Pemohon mesti adalah warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia.
  • Pemohon mesti memiliki perniagaan yang mematuhi konsep Syariah.
  • Pemohon hanya dibenarkan satu (1) kontrak pembiayaan dalam sesuatu masa.

MAKLUMAT PERMOHONAN YANG DIPERLUKAN

Untuk membuat permohonan, berikut adalah maklumat yang diperlukan:

  • Nama Penuh pemohon mengikut Kad Pengenalan
  • Nama Perniagaan, No. Pendaftaran Perniagaan dan Kategori Perniagaan yang berdaftar dengan SSM
  • Akses ke kamera (didalam komputer riba atau telefon bimbit) bagi pengesahan Kad Pengenalan dan swafoto (selfie) pemohon

CARA MEMOHON

Bagi pemohon yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dan ingin membuat permohonan, ikut langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://aspirasi.co/pasar/capital.
  2. Klik butang ‘Mohon Sekarang.’
    Permohonan Pembiayaan Modal Kerja Sehingga RM20,000 Melalui Program Aspirasi Assist
  3. Klik butang ‘I’m Ready.’
    Permohonan Pembiayaan Modal Kerja Sehingga RM20,000 Melalui Program Aspirasi Assist
  4. Isikan maklumat berikut dengan lengkap:
    i) Nama seperti dalam kad pengenalan
    ii) Email
    iii) No. Telefon
    Permohonan Pembiayaan Modal Kerja Sehingga RM20,000 Melalui Program Aspirasi Assist
  5. Tandakan pada kotak kecil bagi bersetuju dengan syarat dan terma.
  6. Masukkan nombor OTP yang dihantar melalui SMS.
  7. Klik butang ‘Verify.’
  8. Masukkan semua maklumat yang diperlukan.
  9. Klik butang ‘Continue‘ sehingga selesai permohonan.

Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses dan akan dimaklumkan status kelulusan melalui email pemohon. Wang pembiayaan dijangka dimasukkan dalam tempoh 48 jam selepas permohonan pembiayaan diluluskan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh ajukan melalui email di alamat info@aspirasi.co atau ke laman web rasmi Aspirasi.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma