Permohonan Dana Bantuan Kasih Niaga RM1,000 Dibuka Buat Usahawan & Peniaga Kecil
Kerajaan Negeri Melaka memperkenalkan Dana Bantuan Kasih Niaga bagi membangunkan dan menyokong ekonomi rakyat tempatan supaya lebih berdaya maju dalam perniagaan. Dana Bantuan Kasih Niaga adalah sebagai galakan berniaga dan menyemarakkan budaya keusahawanan dalam kalangan rakyat Negeri Melaka.
Dana ini akan memberi manfaat kepada 1,000 orang usahawan atau lebih di Melaka dengan jumlah maksimum RM1,000 setiap orang.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut panduan membuat permohonan Dana Bantuan Kasih Niaga.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan Bantuan Dana Kasih Niaga 2023 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- Tarikh tutup: 31 Mac 2023
KADAR BANTUAN
Dana Bantuan kasih Niaga khas disediakan untuk usahawan mikro Negeri Melaka pada kadar:
- sehingga RM1,000
SYARAT PERMOHONAN
Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan berikut:
- Warganegara Malaysia
- Perniagaan hendaklah didaftarkan atas nama pemohon dan perlu berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) / Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) / Sijil Amalan Profesional daripada Badan-badan Pengiktiraf dan masih sah tempoh
- Mempunyai lesen Pihak Berkuasa Tempatan (bagi penjaja atau peniaga kecil)
- Perniagaan beroperasi dan beralamat di Negeri Melaka
- Perniagaan adalah Mikro (jualan tahunan kurang RM50,000 ATAU bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang)
- Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa
JENIS KELAYAKAN PERNIAGAAN
SEMUA jenis perniagaan adalah layak memohon KECUALI:
- Perkhidmatan insurans/ perkhidmatan pengangkutan pengangkutan/ sewaan kenderaan/ homestay
- Institusi kewangan/pinjaman wang
- Multi level Marketing (MLM)
- Ejen jualan/ wakil penjual/dropship
- Perniagaan nombor ramalan / minuman keras/ rokok/ rokok elektronik
MAKLUMAT PEMBIAYAAN
Penyaluran pembiayaan adalah secara geran berjumlah RM1,000 bagi setiap pemohon. Komponen pembiayaan yang boleh dipohon:
- Pembelian Mesin dan Peralatan Perniagaan
- Khidmat Rundingan Pembangunan Produk
- Promosi dan Pemasaran
- Pembelian Bahan Mentah
- Modal Kerja
Bagi tujuan pembekalan butiran pembiayaan 1, 2 dan 3, pemohon perlu mengemukakan satu sebut harga. Pembiayaan bagi tujuan Modal Kerja dan Bahan Mentah meliputi sewaan premis serta bil utiliti perniagaan.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen sokongan berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Telah disahkan oleh Pegawai yang layak)
- Gambar pemohon berukuran passport
- Salinan Lesen Perniagaan pemohon (mana yang berkaitan) (Telah disahkan pegawai yang layak)
- Salinan Pendaftaran SSM
– Muka hadapan
– Maklumat Perniagaan
– Maklumat Pemilik
– Sah tempoh
– Beralamat dan beroperasi di Negeri Melaka
– Perniagaan yang bukan Pemilikan Tunggal perlu disahkan oleh Pegawai yang layak - Permohonan mestilah berkaitan dengan kod bidang yang didaftarkan dengan SSM
- Salinan Penyata Kewangan/ Akaun Bank atau Penyata Pendapatan (mana yang berkaitan)
- Gambar perniagaan
- Salinan Perjanjian Sewa
- Bil Utiliti/ Resit Pembayaran
CARA MOHON
Permohonan bantuan boleh dibuat sehingga 31 Mac 2023. Sekiranya anda berminat dengan bantuan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan sekarang dengan menyediakan borang permohonan berikut:
BORANG PERMOHONAN BANTUAN DANA KASIH NIAGA
Muat turun borang permohonan dan lengkapkan. Sediakan borang permohonan yang lengkap diisi bersama dokumen sokongan di atas. Pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada YB ADUN Kawasan sebelum mengemukakan permohonan kepada Pejabat Daerah dan Tanah.
Permohonan boleh dihantar ke Pejabat Daerah berdekatan:
- Pejabat Daerah dan Tanag Melaka Tengah
Aras Bawah & Aras 1 Bangunan Wisma Negeri Jalan Wisma Negeri,
Kompleks MITC 75450 Melaka. - Pejabat Daerah dan Tanah Jasin
Pejabat Daerah dan Tanah Jasin, 77000 Jasin,
Melaka. - Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah
Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah
78000 Alor Gajah, Melaka.