KedahCare: Cara Mohon Bantuan Kerajaan Negeri Untuk Rakyat Yang Terjejas Akibat Covid-19

KedahCare ini dibangunkan adalah untuk memudahkan Kerajaan Negeri Kedah bagi mendapatkan data rakyat yang terkesan dengan krisis pandemik Covid-19 dan maklumat NGO / perseorangan yang ingin menyalurkan bantuan supaya kerajaan boleh menguruskan program bantuan dengan lebih sistematik dan berkesan.

Tujuan penubuhan Portal Kedah Care secara khususnya bagi memudahkan Kerajaan Negeri Kedah menyalurkan bantuan kepada rakyat Kedah yang terkesan semasa pandemik Covid-19.

Portal ini melibatkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dengan kerjasama Zakat dan NGO tanpa penglibatan mana-mana parti politik.

FUNGSI KEDAH CARE

Antara fungsi utama portal Kedah Care adalah memudahkan rakyat di negeri Kedah:

  • Memohon bantuan makanan (bagi yang memerlukan)
  • Memberi bantuan makanan (bagi yang ingin menyalurkan bantuan)

BANK MAKANAN

Portal ini bagi memudahkan orang ramai yang memerlukan dapatkan makanan di Bank Makanan yang diwujudkan di negeri Kedah. Anda boleh lihat senarai bank makanan yang disediakan di sekitar negeri Kedah melalui laman Kedah Care.

CARA MOHON/ BERI BANTUAN MELALUI KEDAH CARE

Individu yang ingin memohon atau memberikan bantuan makanan boleh buat pendaftaran dengan langkah berikut:

  1. Layari laman web https://kedahcare.kedah.gov.my/.
  2. Klik di paparan sama ada ingin memohon atau memberikan bantuan.
  3. Jika ingin memohon bantuan, klik bahagian ‘Daftar Pengguna Mohon Bantuan’ atau jika ingin memberikan bantuan, klik bahagian ‘Daftar Pengguna Beri Bantuan.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan id pengguna dan kata laluan.
  6. Setelah berjaya masuk, isi maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan portal Kedah Care, anda boleh hubungi pegawai bertugas melalui email kedahcare@kedah.gov.my.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma