Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru • Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •

Permohonan Perkahwinan Tanpa Lesen Secara Online Kini Dibuka. Ini Syaratnya

Oleh Cikgu Shaari • August 26, 2021 • 2 min baca

Permohonan Perkahwinan Tanpa Lesen Secara Online Kini Dibuka. Ini Syaratnya
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini menawarkan kemudahan permohonan perkahwinan tanpa lesen secara dalam talian buat pasangan bukan Islam. Permohonan hanya dibuka kepada pasangan warganegara Malaysia yang beralamat di dalam MyKad seperti yang dinyatakan di dalam syarat-syarat am permohonan sahaja.

Permohonan perkahwinan secara dalam talian hanya bagi Pendaftaran Perkahwinan Tanpa Lesen sahaja selaras dengan Akta Membaharui undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164]/

Sistem ini memberi kemudahan kepada orang awam untuk memohon Pendaftaran Perkahwinan Tanpa Lesen tanpa perlu hadir ke JPN. Tempoh sah perkahwinan adalah 6 bulan dari tarikh permohonan.

SYARAT PEMOHON DAN PASANGAN

Pemohon dan pasangan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • 21 tahun ke atas
  • Bukan beragama Islam
  • Bukan Anggota Polis/ Tentera
  • Tempoh sah perkahwinan adalah 6 bulan dari tarikh permohonan

Permohonan hanya dibuka kepada pasangan warganegara Malaysia yang beralamat di dalam MyKad seperti berikut sahaja dibenarkan:

  • Putrajaya
  • Kuala Lumpur
  • Shah Alam, Selangor
  • Seremban, Negeri Sembilan
  • Ayer Keroh, Melaka
  • Johor Bahru, Johor
  • Kuantan, Pahang
  • Kota Bharu, Kelantan
  • Kuala Terengganu, Terengganu
  • Kangar, Perlis
  • George Town, Pulau Pinang
  • Ipoh, Perak
  • Kota Kinabalu, Sabah
  • Kuching, Sarawak

CARA BUAT PERMOHONAN PERKAHWINAN SECARA ONLINE

Permohonan perkahwinan tanpa lesen secara atas talian boleh dibuat melalui Sistem Permohonan Perkahwinan Tanpa Lesen yang telah disediakan oleh JPN. Klik pautan di bawah untuk mengakses ke sistem permohonan online:

Pemohon diminta untuk daftar dan log masuk terlebih dahulu untuk mendapatkan akses kepada sistem.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan prosedur perkahwinan di JPN, anda boleh email ke Pentadbir Sistem Permohonan Perkahwinan Tanpa Lesen.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.