Cara Daftar Kelahiran Anak Di Portal JPN Secara Online Dengan Mudah
Jabatan Pendaftaran Negara sebelum ini telah memperkenalkan Sistem MyJanji Temu JPN untuk membuat temujanji sebelum berurusan di kaunter JPN. Dengan kemudahan ini, orang ramai tidak perlu menunggu giliran yang lama lagi untuk berurusan.
Kini, orang ramai juga boleh buat pendaftaran kelayakan di JPN secara online sahaja, sudah tidak perlu berurusan di kaunter! Kemudahan ini sangat sesuai dengan keadaan semasa yang ingin mengelakkan orang ramai berkumpul dan mengurangkan pergerakan.
Tak perlu susah-susah ke kaunter JPN, ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara daftar kelahiran JPN secara online.
Isi Kandungan
CARA DAFTAR KELAHIRAN DI JPN SECARA ONLINE
Daftar Akaun
Berikut adalah langkah-langkah mendaftar akaun Portal MyGovernment sebelum membuat pendaftaran kelahiran anak di JPN secara online:
- Layari Portal JPN di pautan https://www.jpn.gov.my. Klik Perkhidmatan Dalam Talian
- Klik pada pautan Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian
- Pengguna akan dibawa ke alamat https://osldftrhr.jpn.gov.my
- Pengguna perlu mendaftar di Portal MyGovernment terlebih dahulu sebelum dibenarkan log masuk ke sistem.
- Klik butang Daftar Pengguna Baru untuk mendaftar bagi kali pertama dan lengkapkan maklumat diminta
- Pengguna akan menerima emel dari mygovernment@malaysia.gov.my. Sila klik pada butang yang tertera bagi mengaktifkan akaun anda.
- Setelah klik pada pengesahan pendaftaran yang diemelkan, pemohon akan dipaparkan ke halaman utama web, di sini pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.
- Pemohon akan dipaparkan ke notifikasi pengaktifan kata laluan berjaya, di sini pemohon klik seterusnya untuk log masuk kali pertama.
- Sebagai pengguna baru sistem, pengguna perlu memasukkan No MyKad atau emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Pengguna akan dibawa ke laman utama sistem setelah pengguna berjaya log masuk.
Proses Permohonan Daftar Kelahiran
Bagi yang dah daftar akaun dan boleh log masuk, ikut langkah berikut untuk pendaftaran kelahiran di JPN secara online :
- Pengguna hendaklah membaca semua terma & syarat yang telah disenaraikan.
- Jika setuju dengan terma yang disenaraikan, sila klik pada butang Setuju untuk meneruskan permohonan.
- Pengguna perlu melengkapkan borang tersebut, dan klik butang “Seterusnya”.
- Pengguna perlu melengkapkan borang tersebut dan klik butang “Seterusnya”.
- Pengguna perlu melengkapkan borang tersebut dan klik butang “Daftar”.
- Jika pengguna memilih status “Berkahwin” pada ruang status Taraf Perkahwinan, skrin ini akan dipaparkan.
- Sila lengkapkan borang berkenaan, dan klik butang “Daftar”.
- Berikut adalah paparan bagi permohonan yang berjaya didaftarkan, sila klik butang Cetak Slip Permohonan.
- Pengguna boleh mencetak slip permohonan untuk dibawa ke kaunter bagi urusan selanjutnya.
Siap! Hanya perlu beberapa minit sahaja urusan di kaunter setelah anda selesaikan permohonan pendaftaran kelahiran secara online. Semoga orang ramai dapat manfaatkan kemudahan yang disediakan ini sebaiknya.