Daftar Glow PENJANA: Peluang Jana Pendapatan Sehingga RM6,000 Melalui Pekerjaan Secara Online

Ayuh mendaftar sebagai peserta GLOW PENJANA! Untuk pengetahuan ANDA, GLOW PENJANA adalah satu inisiatif dari pihak kerajaan dengan kerjasama MDEC melatih dan memberi kursus online secara percuma kepada individu yang layak untuk menjana pendapatan melalui kaedah pekerjaan digital.

Program GLOW PENJANA adalah khusus untuk membantu individu yang terkesan dari segi pekerjaan akibat daripada pelaksanaan PKP. Program ini dirancang untuk disasarkan dan difokuskan secara khusus untuk memastikan pelaksanaannya mencapai tahap kejayaan yang tinggi.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan program GLOW PENJANA.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Program GLOW PENJANA ini dilaksanakan adalah untuk:

  •  Program ini bertujuan untuk membantu golongan pekerja dan individu, dari sektor-sektor yang terjejas dan dikenal pasti, boleh mendapat manfaat daripada model Program GLOW–PENJANA ini.
  • Tarikh pelaksanaan Program GLOW–PENJANA adalah bermula Ogos 2020, dan tertakluk kepada perubahan atau pindaan oleh pihak Kerajaan Malaysia.
  • Program GLOW–PENJANA mensasarkan para peserta untuk berjaya menjadi seorang ‘freelancer’ yang akan melaksanakan tugasan-tugasan atau projek-projek jangka pendek dan sederhana dari pasaran global sebagai sumber pendapatan yang mampan.

KELEBIHAN PROGRAM GLOW PENJANA

Kenapa anda perlu daftar dengan program GLOW PENJANA? Ini sebabnya:

  • Peluang untuk menjana pendapatan digital yang mampan dan konsisten melalui platform global, di mana sumber tugasan dan pekerjaan adalah dari pasaran global.
  • Fleksibiliti untuk bekerja dari mana sahaja, tidak terikat dengan waktu pejabat serta dapat memanfaatkan teknologi digital secara lebih produktif.
  • Berpeluang untuk bekerja dengan klien dan majikan antarabangsa dan mendapat hasil pendapatan yang lebih tinggi.

GOLONGAN SASARAN

Individu yang bekerja di dalam sektor ekonomi yang terjejas teruk akibat penularan wabak Covid-19, dan dikenal pasti berpotensi untuk mendapat manfaat dari Program GLOW adalah seperti yang disenaraikan:

  • Pekerja – pekerja yang diberhentikan atau terlantar
  • Pekerja – pekerja yang dipotong gaji oleh majikan sebanyak 50% atau lebih, disebabkan syarikat majikan terkesan akibat penularan Covid-19
  • Graduan menganggur atau tidak mempunyai kerjaya yang stabil (tidak melebihi 12 bulan dari tarikh graduasi) dengan latar belakang Pendidikan di dalam bidang – bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Pengurusan Perniagaan, Kewangan, Linguistik dan Hospitaliti

Keutamaan diberikan kepada pekerja-pekerja dari industri berikut:

  • Pelancongan dan hospitaliti (Tourism, Travel & Hospitality)
  • Pendidikan, media dan kreatif (Education, Media and Creative)

BIDANG FOKUS

Aliran kerja fokus yang ditawarkan untuk latihan adalah:

  • Website, IT and Software
  • Writing, Content, SEO and Translation
  • Data Entry, Admin and Virtual Assistant
  • Sales, Marketing and Social Media
  • Design, Media and Architecture

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan untuk menyertai Program GLOW-PENJANA adalah:

  • Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan tidak melebihi 60 tahun
  • Individu yang berminat mestilah mempunyai kemahiran asas ICT, iaitu mahir dalam mengendalikan emel dan perisian produktiviti / pejabat seperti ‘spreadsheet’, ‘word processor’, ‘web browser’ dan aplikasi-aplikasi tertentu untuk melaksanakan tugasan.
  • Mempunyai kemahiran untuk berinteraksi dengan baik dalam Bahasa Inggeris dari segi pertuturan dan penulisan. Peserta yang mempunyai kemahiran dalam bahasa-bahasa lain adalah digalakkan untuk menyertai.
  • Mestilah mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya peringkat Diploma atau mempunyai satu kemahiran professional yang khusus yang boleh ditawarkan (perlu disertakan dengan portfolio atau sijil).
  • Mempunyai komitmen yang tinggi dan bersedia untuk mengubah sikap dan corak pemikiran, iaitu bersedia menerima bentuk baharu pekerjaan atas talian dan bekerja di luar waktu kebiasaan.

PELAKSANAAN GLOW PENJANA

Secara keseluruhan, peserta Program GLOW–PENJANA akan mengikuti sesi latihan intensif dan bimbingan yang berterusan selama tempoh tiga bulan.

  1. 3 Hari Latihan Intensif Secara Online
    Sesi latihan dan bimbingan ini akan diadakan secara atas talian dan peserta akan dipecahkan ke dalam kumpulan-kumpulan kecil mengikut aliran bidang pengkhususan, dan akan dipantau oleh jurulatih yang merupakan ‘freelancer’ yang berpengalaman.
  2. 3 Bulan Sesi Mentoring & Bimbingan ‘freelancer’
    Peserta-peserta GLOW–PENJANA akan diminta untuk memberikan komitmen yang tinggi bagi membantu menyiapkan diri mereka sebagai ‘freelancer’ sepenuh masa. Ini lazimnya melibatkan bekerja di luar waktu biasa (bagi tujuan berkomunikasi dan bekerja dengan majikan dari luar negara).
  3. Program GLOW–PENJANA mensasarkan peserta untuk mula berjaya mendapat tugasan atau projek, dan juga menjana pendapatan atas talian semasa dalam tempoh latihan.
  4. Perincian program yang merangkumi sesi latihan intensif dan bimbingan selama tiga bulan akan dimaklumkan oleh pihak MDEC kepada peserta-peserta yang berjaya terpillih.

ANGGARAN PENDAPATAN

Pendapatan yang boleh diperolehi bergantung kepada pelbagai faktor dan kategori perkhidmatan yang disediakan. Rujuk jadual di bawah:

Daftar Glow PENJANA: Peluang Jana Pendapatan Sehingga RM6,000 Melalui Pekerjaan Secara Online

PENDAFTARAN PROGRAM GLOW-PENJANA

Individu yang berminat untuk menyertai Program GLOW–PENJANA dan memenuhi syarat kelayakan minimum perlu membuat pra-pendaftaran secara atas talian (online) melalui Laman Mikro Program GLOW-PENJANA. Klik pautan berikut:

Lengkapkan pra-pendaftaran terlebih dahulu.

Sebelum pendaftaran dibuat, individu yang berminat diwajibkan menyertai sesi penerangan program dan karier sebagai freelancer yang akan dibuat melalui webinar secara berjadual, dan jadual tersebut akan dimaklumkan dalam laman program.

Pemohon yang berdaftar akan disaring terlebih dahulu oleh pihak urusetia dan hanya mereka yang layak akan diterima masuk ke dalam Program GLOW–PENJANA.

Pemohon akan menerima makluman melalui e-mel dan pesanan mudah alih untuk menyertai program dan menghadiri latihan berdasarkan tarikh yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Program GLOW PENJANA, anda boleh terus ke laman web MDEC GLOW PENJANA.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma