Permohonan Biasiswa Endowmen UTM 2020/2021 Bernilai RM12,000 Setahun

Warganegara Malaysia yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian Program Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Teknologi Malaysia bagi kemasukan Tahun Pertama Sesi 2020/2021 adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Endowmen UTM secara dalam talian mulai 1 hingga 13 September 2020.

Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan biasiswa sekarang.

BIASISWA YANG DITAWARKAN

Berikut adalah jenis-jenis biasiswa yang ditawarkan:

  • Biasiswa Endowmen Merdeka UTM
  • Biasiswa Endowmen Al-Bukhary UTM
  • Biasiswa Endowmen Azman Hashim UTM
    – Kategori Cemerlang
    – Kategori Bottom 40
    – Kategori Kecemerlangan Sukan
  • Biasiswa Endowmen Alumni

SYARAT KELAYAKAN BIASISWA MERDEKA & AL BUKHARY

Nilai Biasiswa Endownment Merdeka dan Al Bukhary UTM adalah RM12,000 setahun.

Syarat Umum

  • Pemohon belum menerima mana-mana tawaran biasiswa atau pinjaman;
  • Lulus dalam sesi temubual;
  • Calon yang berjaya adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasiswa Endowmen Merdeka UTM dan Biasiswa Endowmen Al-Bukhary UTM

Syarat Akademik

  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Program Asasi dari Universiti Awam dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 (Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat Gred A dalam Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ; atau
  • Diploma yang diiktiraf dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75

SYARAT KELAYAKAN BIASISWA AZMAN HASHIM

Kategori Cemerlang (Nilai Biasiswa: RM12,000 setahun)

Syarat Akademik:

  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Program Asasi dari Universiti Awam dengan mendapat PNGK ≥ 3.80 ; atau
  • Lulusan Diploma yang diiktiraf dengan mendapat PNGK ≥ 3.80

Kategori B40 (Nilai Biasiswa: RM10,000 setahun)

Syarat Umum:

  • Pemohon belum menerima mana-mana tawaran biasiswa atau pinjaman;
  • Lulus dalam sesi temubual;
  • Jumlah pendapatan bulanan keluarga tidak melebihi RM3,500.00 (Kategori Bottom 40);
  • Calon yang berjaya adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasiswa Endowmen Azman Hashim

Syarat Akademik:

  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Program Asasi dari Universiti Awam dengan mendapat PNGK ≥ 3.00 ; atau
  • Lulusan Diploma yang diiktiraf dengan mendapat PNGK ≥ 3.00

Kategori Kecemerlangan Sukan UTM (Nilai Biasiswa: RM10,000 setahun)

Syarat Umum:

  • Pemohon berada pada Tahun Pertama atau Tahun Kedua pengajian Program Ijazah Sarjana Muda di UTM secara sepenuh masa;
  • Pencapaian sukan sekurang-kurangnya mewakili sukan peringkat negeri;
  • Pemohon belum menerima mana-mana tawaran biasiswa atau pinjaman;
  • Lulus dalam sesi temubual;
  • Calon yang berjaya adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasiswa Endowmen Azman Hashim Kecemerlangan Sukan UTM.

Syarat Akademik:

  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Program Asasi dari Universiti Awam dengan mendapat PNGK ≥ 2.50 ; atau
  • Lulusan Diploma yang diiktiraf dengan mendapat PNGK ≥ 2.50
  • Mendapat PNGK ≥2.50 pada pengajian semasa di UTM (bagi pemohon Tahun 2 Semester 3 pengajian pada Semester 1 2020/2021)

SYARAT KELAYAKAN BIASISWA ENDOWMEN ALUMNI UTM

Nilai biasiswa adalah RM9,000 setahun.

Syarat Umum

  • Keutamaan diberikan kepada:
    • Ibu/bapa/penjaga adalah Alumni UTM; atau
    • Jumlah pendapatan bulanan keluarga tidak melebihi RM 3,500.00
  • Pemohon belum menerima mana-mana tawaran biasiswa atau pinjaman
  • Lulus dalam sesi temuduga
  • Calon yang berjaya adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasiswa Endowmen Alumni UTM

Syarat Akademik

  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Program Asasi dari Universiti Awam dengan mendapat PNGK ≥ 3.00 ; atau
  • Lulusan Diploma yang diiktiraf dengan mendapat PNGK ≥ 3.00

DOKUMEN SOKONGAN

Untuk membuat permohonan secara online, pemohon WAJIB muat naik dokumen sokongan berikut:

  • Slip Gaji@ Penyata Pencen Ibu/Bapa/Penjaga atau Borang Pengesahan Pendapatan bagi Bapa/Ibu/Penjaga yang tidak mempunyai Slip Gaji atau yang tidak bekerja untuk dimuat naik di Bahagian Maklumat Pekerjaan Ibu/Bapa/Penjaga. Slip gaji atau Borang Pengesahan Pendapatan PERLU DISAHKAN oleh Penghulu/Ketua Kampung/Pegawai Pengurusan & Profesional (Gred 41 dan ke atas /Kumpulan A). Muat Turun [ Borang Pengesahan Pendapatan ]
  • Dokumen @ sijil perceraian @ surat mahkamah jika Bapa/Ibu/Penjaga telah berpisah/bercerai.
  • Dokumen @ Sijil Kematian sekiranya Bapa/Ibu/Penjaga telah meninggal dunia.

CARA MEMOHON

Permohonan secara atas talian boleh dibuat mulai 1 September hingga 13 September 2020. Beriky adalah langkah-langkah membuat permohonan:

  1. Layari laman Permohonan Biasiswa Endowmen UTM
  2. Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dan lengkap.
  3. Pemohon hendaklah membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan. Maklumat yang diperlukan adalah nama penuh, no. kad pengenalan, alamat emel dan kata laluan.
  4. Sila pastikan emel yang didaftarkan adalah emel peribadi pemohon yang SAH dan MASIH AKTIF.
  5. Sila pastikan permohonan yang telah lengkap dihantar dengan menekan butang HANTAR.
  6. Pemohon masih dibenarkan untuk mengemaskini permohonan selagi tempoh permohonan belum ditutup. Pemohon tidak perlu lagi menekan butang HANTAR buat kali kedua.
  7. Keputusan bagi pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui EMEL pemohon..
  8. Pemohon yang tidak mendapat sebarang makluman dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan dibuka dianggap TIDAK BERJAYA.

Untuk sebarang pernyataan atau maklumat lanjut anda boleh hubungi alamat berikut:

  • Unit Penajaan, Kebajikan dan Tatatertib,
    Bahagian Kemudahan, Kebajikan dan Tatatertib,
    Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP)
    Aras 1, Bangunan SUB
    Universiti Teknologi Malaysia
    81310 Johor Bahru, Johor
  • E-mel : biasiswaendowmen@utm.my
  • No. Telefon : 07-5530185 / 07-5530513
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma