Cara Daftar FoodPanda Partner Untuk Kedai Makan & Restoran

Bagaimana Daftar FoodPanda Partner Untuk Kedai Makan & Restoran?

Seperti yang kita dapat lihat di jalan raya setiap hari, pasti ada wujudnya rider FoodPanda di mana-mana. Servis penghantaran yang terkenal di Malaysia ini sering dijadikan pilihan rakyat Malaysia untuk membeli makanan di luar tanpa perlu keluar ke rumah.

Khas buat peniaga, rugi tau jika anda tidak berdaftar lagi dengan FoodPanda. Anda boleh menguntungkan lagi perniagaan anda dengan FoodPanda kerana pengguna sekarang tidak terlalu rajin untuk keluar ke rumah.

Bagi peniaga yang tidak tahu macam mana nak daftar dengan FoodPanda Partner, ikuti perkongsian di bawah.

FOODPANDA

Cara Daftar FoodPanda Partner Untuk Kedai Makan & Restoran

Pasti semua orang dah terbiasa dengar servis ini. FoodPanda merupakan salah satu servis penghantaran makanan pihak ketiga yang terkenal di Malaysia. FoodPanda yang menggunakan rider untuk menjalankan perniagaan bertanggungjawab untuk menghantar makanan kepada pelanggan sehingga ke depan pintu rumah berdasarkan alamat yang diberi.

FoodPanda bekerjasama dengan pelbagai restoran, gerai makan, warung dan outlet makanan fast food seperti MyDonalds dan KFC untuk menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan melalui laman web FoodPanda ataupun di aplikasi FoodPanda.

FOODPANDA PARTNER

FoodPanda Partner adalah peniagaan yang berdaftar untuk menggunakan servis rider FoodPanda untuk menghantar makanan kepada pelanggan yang menempah melalui aplikasi FoodPanda.

Jika anda ada perniagaan menjual makanan seperti gerai, warung, kedai makan, dan juga outlet fast food serta restoran, anda juga boleh mendaftar menjadi partner kepada FoodPanda.

Lebih ramai pelanggan untuk membeli makanan dan minuman yang ada di kedai anda, tanpa pelanggan perlu pergi ke lokasi tempat anda menjalankan perniagaan jika anda berdaftar sebagai partner kepada FoodPanda.

CARA DAFTAR FOODPANDA PARTNER

Berikut adalah langkah untuk daftar FoodPanda Partner:

  1. Layari laman web rasmi FoodPanda di sini: https://www.foodpanda.my/
  2. Kemudian, scroll ke bawah sehingga jumpa bahagian yang tertulis List your restaurant on foodpanda.
  3. Tekan butang GET STARTED untuk bahagian tersebut.
    Cara Daftar FoodPanda Partner Untuk Kedai Makan & Restoran
  4. Pada laman seterusnya, scroll ke bawah. Akan ada beberapa ruangan untuk anda isikan.
    Cara Daftar FoodPanda Partner Untuk Kedai Makan & Restoran
  5. Pada ruangan Restaurant Name/Nama Restoran, masukkan nama penuh restoran/kedai makan/gerai/warung/outlet fast food
  6. Pada City/Bandar, pilih bandar tempat perniagaan anda dijalankan.
  7. Untuk teruskan daftar FoodPanda Merchant, pada Restaurant Address/Alamat Restoran, masukkan alamat penuh restoran/gerai/kedai makan/outlet fast food
  8. Pada ruangan Vertical, memandangkan anda merupakan pemilik perniagaan berasaskan penjualan makanan dan minuman, pilih Restaurant.
  9. Pada ruangan Vertical Segment Restaurant, pilih sama ada Regular Restaurant sekiranya perniagaan anda mempunyai tapak lokasi yang tersendiri, atau Home Based Kitchen sekiranya anda menjalankan perniagaan dari rumah.
  10. Pada ruangan Cuisine/Jenis Masakan, pilih jenis masakan utama yang disediakan di restoran anda.
  11. Pada First Name/Nama Pertama, masukkan nama pertama/panggilan anda.
  12. Pada Last Name/Nama Keluarga, masukkan nama keluarga anda. (Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh gunakan kedua-dua nama anda seperti Muhammad Rozali Bin Abdullah, di mana gunakan Muhammad pada First Name dan Rozali pada Last Name, atau sekiranya nama anda adalah seperti Fitri Bin Saidin, gunakan nama Fitri untuk kedua-dua First Name dan Last Name.
  13. Pada ruangan Contact Number, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
  14. Pada Email, masukkan emel untuk perniagaan anda.
  15. Kemudian, pilih purata harga satu hidangan yang disediakan di restoran anda. Ikut petunjuk yang diberi. ($ untuk kurang daripada RM15, $$ untuk kurang daripada RM30 dan $$$ untuk kurang daripada RM50)
  16. Pada bahagian Menu Upload, anda perlu upload gambar/salinan soft copy menu terkini di restoran anda. Pastikan harga dan nama hidangan serta minuman dalam menu dikemaskini. (Hanya file dalam format pdfexcelword dan jpg sahaja yang boleh dihantar)
  17. Anda juga perlu menekan link here di bawah untuk mengikut panduan spesifikasi menu yang diterima untuk menggunakan servis Foodpanda.
  18. Anda juga boleh menekan link menu template untuk download template menu makanan Fooodpanda dan isikan untuk rujukan anda.
  19. Kemudian, tekan butang Submit Form.
  20. Pendaftaran anda berjaya.

PENGAKTIFAN FOODPANDA PARTNER

Selepas selesai daftar, anda perlu buat pengaktifan akaun dengan langkah berikut:

  1. Daftar online
  2. Tunggu kelulusan
  3. FoodPanda akan hantar kontrak untuk ditandatangani
  4. Partner mesti tandatangan kontrak
  5. Partner perlu hantar menu pada FoodPanda
  6. FoodPanda akan terima dan semak gambar serta menu dari partner
  7. Partner akan terima peranti FoodPanda
  8. Partner akan terima latihan melalui panggilan telefon
  9. Partner kedai makan dan restoran kini sudah LIVE di FoodPanda punya aplikasi

Selepas pendaftaran berjaya, anda perlu menunggu kelulusan sama ada perniagaan anda lulus atau tidak. Sekiranya lulus, pihak FoodPanda akan menghantar kontrak kepada anda untuk ditandatangani.

Cara Daftar FoodPanda Partner Untuk Kedai Makan & Restoran

Anda juga akan menerima preview untuk menu anda. Selain itu, anda akan menerima peranti untuk foodpanda dan akan menjalankan latihan. Sekiranya semua tiada masalah, perniagaan anda akan disiarkan secara online dalam laman FoodPanda dan proses pendaftaran perniagaan anda dengan FoodPanda berjaya.

Senang sahaja nak daftar FoodPanda Partner ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menjana pendapatan lebih dengan daftarkan perniagaan dengan FoodPanda. Selamat mencuba!

NAK CUBA BISNES DELIVERY MAKANAN?

Ini merupakan panduan bisnes delivery makanan yang ditulis berdasarkan pengalaman penulis berniaga bisnes makan secara delivery mulai tahun 2015 dulu.

Di dalam panduan ini terdapat banyak ilmu serta tips yang telah dikongsikan. Dari mula persediaan nak buat bisnes makan ini, tips pemilihan menu, tips buat iklan, cara pengiraan kos dan perletakkan harga. Serta serba sedikit kisah cabaran yang terpaksa penulis tempuhi sepanjang menjalankan bisnes makan secara delivery ini.

Anda boleh dapatkan panduan ini dan mulakan servis delivery makanan anda di rumah dengan modal permulaan paling minima.

Bisnes Delivery Makanan Merupakan Bisnes Paling Menguntungkan Tanpa Modal Sewa Kedai Tinggi

PANDUAN DELIVERY MAKANAN

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma