Contoh Soalan Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29
Tahniah sekiranya anda terpilih untuk duduki ujian peperiksaan bagi jawatan Penolong Pertahanan Awam Gred KP29 di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) atau mana-mana jabatan. Sesungguhnya anda selangkah semakin hampir untuk mendapat jawatan yang diidamkan. Sekiranya anda melepasi tahap peperiksaan, anda akan ke tahap seterusnya iaitu temuduga.
Oleh itu, anda haruslah lakukan yang terbaik dalam peperiksaan online yang akan datang. Nak lakukan yang terbaik pula, persediaan mestilah sempurna! Antara persediaan yang boleh anda lakukan adalah dengan membuat ulangkaji contoh soalan Penolong Pertahanan Awam Gred KP29.
Dapatkan contoh soalan peperiksaan Penolong Pertahanan Awam Gred KP29 di bawah yang boleh anda gunakan sebagai rujukan.
Isi Kandungan
DESKRIPSI TUGAS
Sebelum anda lihat contoh soalan peperiksaan Penolong Pertahanan Awam Gred KP29, jom ketahui dulu deskripsi tugas sebagai seorang Penolong Pertahanan Awam Gred KP29 yang mungkin ditanya dalam peperiksaan nanti:
Bertanggungjawab atas pentadbiran dan perancangan bagi peringkat negeri pada keseluruhan dalam semua aspek pertahanan awam iaitu latihan dan gerakan. Menyelia dan mengkordinasikan tugas-tugas dan tanggungjawab Pegawai-pegawai Latihan dan Ketua-ketua Cawangan.
FORMAT PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PERTAHANAN AWAM GRED KP29
Dalam peperiksaan untuk jawatan Penolong Pertahanan Awam Gred KP29, calon perlu duduki peperiksaan online yang mengandungi 2 seksyen iaitu Pengetahuan Am dan Kefahaman Bahasa Inggeris.
Seksyen A: Pengetahuan Am
Secara umumnya bahagian Pengetahuan AM akan menguji calon dengan subjek dan skop soalan yang luas. Kunci utama untuk menjawab soalan di bahagian ini adalah pengetahuan umum calon keadaan isu semasa dan perkembangan yang berlaku dalam dan luar negara.
Jadi, pastikan anda ambil perhatian dengan Pengetahuan AM tentang Malaysia dan Dunia kerana soalan akan berkisar tentang perkara tersebut.
Baca: Topik Famous Dalam Peperiksaan Pengetahuan AM
Seksyen B: Bahasa Inggeris
Masa diperuntukkan untuk seksyen ini pula adalah selama 20 minit. Seksyen ini adalah untuk menguji kemahiran bahasa inggeris calon yang bakal menjadi penjawat awam. Ia tidak selalu sukar kerana di tahap SPM. Tetapi, jangan pandang ringan untuk bahagian ini.
CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG PERTAHANAN AWAM KP29
Seksyen A: Pengetahuan Am
1. Perdana Menteri perlu merujuk kepada _______ sebelum beliau melantik Hakim Besar.
A. Ketua Hakim Negara
B. Hakim-Hakim Besar
C. Ketua Menteri Sabah
D. Ketua Menteri Sarawak
2. Badan Kehakiman tertinggi di Malaysia ialah:
A. Mahkamah Persekutuan
B. Mahkamah Rayuan
C. Mahkamah Sesyen
D. Mahkamah Tinggi
3. Badan kehakiman yang mengesahkan undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah:
A. Mahkamah Persekutuan
B. Mahkamah Rayuan
C. Mahkamah Sesyen
D. Mahkamah Tinggi
4. Pilih kenyataan yang SALAH berkaitan Yang di-Pertuan Agong?
A. Gelaran rasmi Ketua Utama Negara
B. Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
C. Dipilih secara bergilir di kalangan pemimpin negeri
D. Melantik Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri
5. Tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong merangkumi berikut kecuali:
A. Berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen
B. Berkuasa mengisytiharkan undang-undang darurat jika keselamatan negara terancam
C. Berkuasa melantik Jemaah Menteri atas nasihat Majlis Raja-raja
D. Merupakan pemerintah tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia
6. Apakah yang akan berlaku jika Yang di- Pertuan Agong (YDPA) membubarkan parlimen yang diikuti dengan satu pilihan raya umum untuk memilik ahli-ahli baru?
A. Ahli Dewan Negara diberhentikan
B. Ahli Dewan Negeri ditamatkan perkhidmatan
C. Ahli Dewan Negara dinaikkan pangkat
D. Ahli Dewan Negeri dinaikkan pangkat
7. Siapa bekas Perdana Menteri yang mengasaskan Transformasi Pembangunan Luar Bandar Pertama pada tahun 1957?
A. Tunku Abdul Rahman
B. Tun Abdul Razak
C. Tun Hussein Onn
D. Tun Onn Jaafar
8. Seorang ahli Dewan Rakyat mempunyai had umur minimum untuk menjadi ahli. Had tersebut bermula pada…
A. 18 tahun
B. 21 Tahun
C. 25 tahun
D. 30 tahun
9. Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold?
A. Mengetuai misi ke London untuk menuntut kemerdekaan dari British
B. Menyiasat pendapat rakyat ke Sabah dan Sarawak berhubung gagasan Malaysia
C. Melantik ahli-ahli dalam Parlimen Malaysia
D. Menyelia perjalanan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
10. Organisasi pembentukan dasar negara yang tertinggi adalah ____________.
A. Majlis Dasar Negara
B. Kabinet
C. Majlis Tertinggi Negara
D. Yang Di-Pertuan Agong
11. Jawatan ini mengetuai Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman
A. Peguam Negara
B. Perdana Menteri
C. Yang di-Pertuan Agong
D. Yang di Pertua Dewan Negara
12. Berikut merupakan ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan perlembagaan.
I. Bergiat aktif dalam sebarang perusahaan komersil
II. Menjalankan kuasa sultan di negeri sendiri kecuali fungsi sebagai ketua agama islam
III. Meninggalkan negara lebih daripada 14 hari kecuali dengan izin atas lawatan luar negara
IV. Memegang jawatan yang bergaji
A. I, II dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV
13. Tujuan Komanwel ditubuhkan adalah seperti berikut kecuali
A. Mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan negara anggota.
B. Memastikan pemerintahan demokrasi negara anggota mematuhi amalan Britain
C. Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang di kalangan negara anggota.
D. Memberikan kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan Pelajaran Komanwel
Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris
Berikut adalah contoh soalan peperiksaan Penolong Pertahanan Awam Gred KP29 bagi Seksyen B:
1) Angela has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.
Which of the following is true?
A) Angela has three animals in total.
B) Angela has more cats than dogs.
C) One of Angela’s cats is black.
D) All of Angela’s dogs have spots.
2) Please read the following sentence.
Once Wawa lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.
If we change the start of the sentence to:
Writing the essay became easy..
What will the ending be?
A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Wawa lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.
3) Where ____________ Merry Goh live?
A. are
B. is
C. do
D. does
4) Hishamsudin ___________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.
A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking
5) I have only a __________________ Kaamatan cards left to write.
A. few
B. fewer
C. less
D. little
6) Ali didn’t have much money, ______ he got by.
A. since
B. but
C. so
D. for
7) Aidan didn’t have much money, ____ he got by.
A. since
B. but
C. so
D. for
8) Hand saw, bubble levels, claw hammer, chisels. The listed tools are usually used by a___________.
A. mechanic
B. farmer
C. carpenter
D. cobbler
Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 9 – 10).
Until widespread clearing of land began after 1861, the Tweed Valley, from the beach dunes to the mountains, was covered by dense wetland forests and rainforest. The rainforest had plenty of red cedar, which grew along the river banks and over the floodplains and foothills. Some of these trees were huge, up to sixty metres tall and as much as two thousand years old. Cedar was highly valued for its light weight, rich pink to red colours and interesting grain patterns. The tall trees provided magnificent lengths for the mills. Much early Australian furniture was made from cedar.
The timber of the Tweed Valley was felled close to the river banks and then was tied and floated downstream to the river mouth for shipping to the big cities. The river provided the only means of removing the timber, because the felled trees were so bulky. By the 1870s, the cedar industry was in decline. Land cleared for farming was on the increase and easily obtainable, and large cedar trees were becoming scarce. It was purely an extractive industry, which put nothing back. Given that many original trees were thousands of years old, it would have been hundreds of years before the plantings could have been harvested in any case.
9) Tweed Valley cedar was valued in colonial Australia for all the following reasons EXCEPT
A. the trees were easy to fell and remove.
B. the timber was sought after for furniture making.
C. the timber was light in weight.
D. the timber was prized for its colour and grain variations.
E. the tree trunks were long and straight.
10) Which of the following can we say caused the decline of the cedar industry?
A. Suitable trees closer to the river grew scarce.
B. Clearing for farming land was reducing the rainforest.
C. Felled trees were not replaced.
D. A and B together.
E. B and C together.
Ini merupakan antara beberapa contoh bentuk soalan yang selalu ditanya dalam peperiksaan online untuk jawatan Penolong Pertahanan Awam Gred KP29. Walaubagaimanapun, calon dinasihatkan untuk membuat lebih banyak rujukan dan fokus pada bahagian penting.
Semoga bermanfaat!