Dah Terima Beratus Resume, HR Ini Kongsi “Content” Yang Perlu & Tak Perlu Ada Dalam Resume

Sejak tahun 2008, sudah beratus resume HR ini pernah dapat. Ada resume yang bagus, memang seperti apa yang dicari maklumat dalam resume itu. Namun majoriti resume yang HR ini dapat, semuanya dikatakan macam “tak siap”. Nampak macam tak serius dalam mencari pekerjaan.

Mengikut pengalaman beliau mendapat pelbagai jenis resume, HR ini kongsikan “content” atau maklumat yang perlu dan tak perlu ada dalam resume untuk rujukan calon yang nak mohon kerja dengan serius.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut perkongsian HR mengenai content penting dalam resume yang calon perlu bagi perhatian.

CONTENT YANG PERLU ADA DALAM RESUME

Antara content yang sepatutnya ada dalam resume seperti yang dikongsikan adalah:

  • Maklumat untuk dihubungi (contact details)
  • Ringkasan profil (Profile summari)
  • Pengalaman bekerja
  • Skil berkaitan industri
  • Pendidikan, sijil dan lesen berkaitan
  • Tarikh mula bekerja
  • Pencapaian atau projek berkaitan
  • Sumber rujukan

PANDUAN MASUKKAN CONTENT DALAM RESUME

Berikut adalah panduan atau cara masukkan content yang perlu ada dalam resume:

Contact Details

  • Email
    – Buat satu email yang profesional
    – Jangan letak tarikh lahir dalam email
  • Address
    – Cukup sekadar Shah Alam, Selangor (Daerah, Negeri)
    – Tak perlu letak alamat penuh
  • Phone
    – Letak kod +60 untuk Malaysia
    – Jangan letak nombor ibu bapa
  • Online Presence
    – Boleh letak link ke LinkedIn profile
    – Kalau ada link website personal, lagi bagus
    – Geng design, wajib ada online portfolio

Profile Summary

  • Ceritakan sedikit tentang diri anda. Jangan panjang sangat, jangan pendek sangat. Bahagian ini, jika anda tak pasti nak tulis apa, anda boleh google dahulu. Jangan pula anda tiru bulat-bulat dari google ya!

Pengalaman Kerja

  • Fresh graduate, jangan risau. Pastikan anda highlight pengalaman latihan industri anda. Anda boleh masukkan projek yang anda kendalikan semasa latihan industri. Senaraikan kemahiran yang anda guna masa kendali projek tersebut. Lagi bagus jika anda masukkan sekali pencapaian semasa latihan.
  • Bagi yang ada buat kerja part time masa tengah belajar, masukkan sekali. Tapi kalau tak berkaitan dengan kerja yang korang nak mohon, mungkin patut fikir 2-3 kali dulu sebelum masukkan.
  • Yang penting, susun pengalaman anda mengikut timeline paling terbaru ke yang paling lama

Skil Berkaitan Industri

  • Jika anda pernah tengok iklan kerja di LinkedIn, setiap iklan ada letak skil apa yang wajib ada untuk vacancy. Kesimpulannya, anda kena la tahun kerja apa yang anda nak mohon tu. Majikan akan tengok sama ada skill tersebut relevan atau tidak untuk projek.
  • Susun skil anda yang paling power kepada yang paling kurang power.
  • Tak perlu buat meter % pada setiap skil ini. Cukup sekadar senaraikan skil seperti Learning, Beginner, Intermediate Advance dan lain-lain

Pendidikan

  • Masukkan maklumat kolej/ uni yang anda pergi
  • Letak tahun graduasi, taraf pendidikan, nama pengajian
  • Jika ada sijil/ lesen berkaitan, letak info yang sama
  • Kalau CGPA power, masukkan dalam resume
  • Kalau CGPA kurang power, tak perlu masukkan dalam resume

Tarikh Mula Bekerja

  • Bahagian ini paling senang kerja HR nak filter resume. Kalau HR nak ambil segera, siapa yang letak available in 3 month time, memang HR akan simpan tepi terus. HR akan fokuskan pada calon yang boleh mula secepatnya

Pencapaian/ Projek

  • Pernah dapat award? Letakkan dalam resume
  • Pernah menang pertandingan? Letakkan dalam resume
  • Pernah masuk suratkhabar? Letakkan dalam resume
  • Handle projek power masa belajar? Letakkan dalam resume
  • Handle projek juta masa kerja? Letakkan dalam resume

Sumber Rujukan

  • Untuk fresh graduate, anda boleh letak 1 nama pensyarah yang anda rasa bagus dan anda rapat serta boleh beri feedback yang bagus tentang anda
  • Boleh juga letak nama supercisor masa anda buat internship juga
  • Untuk yang dah bekerja, letakkan nama direct supervisor anda. Jika anda rapat dengan higher management lagi bagus.

CONTENT YANG TAK WAJIB MASUKKAN DALAM RESUME

Content lain yang boleh masukkan dalam resume. Maksudnya tidak wajib letak tapi mungkin membantu kalau letak:

  • Gambar
    – Kalau nak letak gambar passport, pastikan gambar tersebut tak nampak masa terlalu kaku. Senyum sedikit
  • Gaji yang dijangka (Expected salary)
    – Jika bajet itu RM10,000, tapi anda letak RM6,000 memang confirm la dia panggil anda untuk sesi temuduga
    – Tapi jika bajet syarikat itu RM4,000 tapi anda letak RM6000, peluang anda dihubungi adalah 50-50 sahaja
  • Status fizikal (Physical stats)
    – Terpulang pada kerja yang anda mohon. Tak penting pun anda letak berat, tinggi dan lain-lain. Jika anda mohon kerja macam modelling atau cabin crew anda bolehlah letakkan maklumat ini.
  • Hobi/ Interest
    – Nampak macam remeh, tapi penting juga masukkan point ini. Tetapi anda masukkan la hobi yang mungkin akan bagi kesan atau added value pada syarikat tersebut. Yang penting sekali hobi tersebut relevan dengan kerja yang dimohon
  • Aktiviti
    – Untuk fresh graduate, anda boleh show off aktiviti yang perlu disertai, jawatan yang dipegang dan lain-lain. Ini akan menampakkan anda yang aktif dan ada sifat kepimpinan.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma