Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Tawaran Bantuan Lesen Untuk Belia B40 Di Bawah Program MyPSV

Oleh Cikgu Shaari • October 12, 2022 • 1 min baca

Tawaran Bantuan Lesen Untuk Belia B40 Di Bawah Program MyPSV
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Golongan belia mewakili lebih seperempat populasi negara. Sememangnya, pada tangan-tangan merekalah yang menentukan lakaran wajah masa depan negara. Elok acuan kita, moleklah peribadi mereka.

Sungguhpun negara berjaya mencapai tahap guna tenaga penuh, tetapi kadar pengangguran bagi mereka di bawah 25 tahun, termasuk lepasan sekolah dan institut pengajian tinggi masih berada pada tahap 11 peratus setakat suku kedua 2022. Hal ini akan terus diberi perhatian.

Kerajaan dalam pembentangan Bajet 2023 telah memperkenalkan bantuan lesen kenderaan melalui program MyPSV buat golongan B40 khususnya belia.

TUJUAN PROGRAM MYPSV

Program MyPSV ini diperkenalkan bagi:

  • Membantu kumpulan B40 khususnya belia menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang seperti teksi, bas dan e-hailing

JENIS BANTUAN

Melalui program MyPSV, kerajaan bersetuju untuk menanggung bayaran bagi mendapatkan LESEN:

  • Teksi
  • Bas
  • E-Hailing

Selain itu, kerajaan turut bersetuju untuk menanggung:

  • Bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2

Tidak cukup dengan itu, bagi menggalakkan lagi belia bekerja, Skim TEKUN Belia Mobilepreneur diteruskan dengan 10 juta ringgit bagi membiayai modal anak muda terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.

Nota: Pelaksanaan program ini mungkin pada tahun 2023, kerajaan akan memaklumkan semula pelaksanaan program ini kemudian. Perkongsian ini akan dikemaskini semula sekiranya mendapat maklumat terbaru dari kerajaan.
Baca juga: Senarai Bantuan Buat Belia & Bujang Dalam Pembentangan Bajet 2023
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.