Cara Simpan Sayur Dan Bahan Mentah Agar Tahan Lama Terutama Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. 2 Minggu Pun Masih Segar!

Pernah tak anda merasa leceh nak pergi ke pasar hari-hari untuk beli sayur? Kalau beli banyak untuk buat stok, lepas 2 hari pasti sayur mula layu walaupun disimpan di dalam peti sejuk.

Tambahan pula dengan penularan wabak Covid-19 yang telah menyebabkan semua rakyat Malaysia terpaksa duduk di rumah berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan. Pasti ramai orang membeli bahan mentah dengan banyak untuk buat stok masakan di rumah kerana takut untuk keluar rumah berkali-kali.

Sebenarnya ada petua dan caranya untuk menyimpan sayur dan bahan-bahan mentah ini agar ia tahan lebih lama. Jangan asyik membazir saja apabila rosak terus buang. Mak mak di dapur pasti suka petua ini.

Berikut adalah perkongsian mengenai cara menyimpan sayur dan bahan mentah supaya kekal tahan lama berdasarkan  seorang warga Facebook Puan Maslina Misnan.

CARA MENYIMPAN SAYUR UNTUK TAHAN LAMA

Berikut adalah langkah demi langkah cara menyimpan sayur agar ia kekal segar dan boleh tahan lebih lama.

1. Rendam Sayur

Cara Simpan Sayur Dan Bahan Mentah Agar Tahan Lama Terutama Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. 2 Minggu Pun Masih Segar!

Pertama sekali, rendamkan sayuran selama 5-10 minit. Biarkan semua sayuran tenggelam. Untuk sayuran seperti kangkung dan bayam biasanya akan diasingkan kerana berpasir. Biarkan akarnya, jangan dipotong. Apabila nak masak nanti barulah potong dan bersihkan sekali lagi.

2. Tambah Garam

Cara Simpan Sayur Dan Bahan Mentah Agar Tahan Lama Terutama Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. 2 Minggu Pun Masih Segar!

Taburkan sedikit garam sambil mencuci seperti biasa. Fungsi garam ini adalah untuk mencuci bekas-bekas bahan kimia atau racun serangga yang masih terlekat pada sayuran.

Rendamkan sebentar dalam air garam selama 10 minit.

3. Toskan

Toskan sayur dan biarkan selama lebih kurag 5 minit.

Cara Simpan Sayur Dan Bahan Mentah Agar Tahan Lama Terutama Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. 2 Minggu Pun Masih Segar!

4. Simpan Dalam Bekas

Sediakan bekas kedap udara dan susunkan sayuran hijau ini ke dalamnya.

Kalau nak jimatkan ruang, boleh juga menggunakan plastik kedap udara atau ‘ziplock bag’.

Cara Simpan Sayur Dan Bahan Mentah Agar Tahan Lama Terutama Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. 2 Minggu Pun Masih Segar!

5. Ini Hasilnya Selepas 2 Minggu

Ini stok sayuran Puan Maslina yang telah disimpan selama 2 minggu. Macam tak percaya bukan? Masih segar-bugar macam yang baru dibeli dari pasar!

Cara Simpan Sayur Dan Bahan Mentah Agar Tahan Lama Terutama Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. 2 Minggu Pun Masih Segar!

CARA MENYIMPAN SOTONG, UDANG DAN IKAN

Selain sayuran, dikongsikan juga cara terbaik untuk menyimpan ikan, udang, ayam dan daging supaya tahan lebih lama dan yang penting segar.

1. Sotong

Cara Simpan Sayur Dan Bahan Mentah Agar Tahan Lama Terutama Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. 2 Minggu Pun Masih Segar!

  • Mula-mula, cuci sotong dengan air sehingga bersih. Boleh juga dipotong siap-siap.
  • Kemudian letak gula dalam 1 sudu (ikut jumlah sotong)
  • Gaulkan sebati dan simpan dalam peti sejuk bahagian beku
  • Sebelum memasak, cuci semula sotong itu supaya tidak menjejaskan rasa masakan

2. Udang

Cara Simpan Sayur Dan Bahan Mentah Agar Tahan Lama Terutama Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. 2 Minggu Pun Masih Segar!

  • Mula-mula, cuci bersih dan kemudian taburkan sedikit gula sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
  • Anda juga boleh siang kulit dan kepada dahulu (simpan kulit dan kepala udang untuk buat stok rebusan)
  • Sekiranya ada yang tak suka bubuh gula, boleh juga rendamkan udang dalam air dan disimpan dalam peti sejuk

3. Ikan

Cara Simpan Sayur Dan Bahan Mentah Agar Tahan Lama Terutama Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. 2 Minggu Pun Masih Segar!

  • Ikan semua boleh disiang, buang perut, dan dipotong terlebih dahulu. Tapi, petuanya jangan dibasuh supaya kekal segar.
  • Masukkan ikan beserta darah-darah ikan ke dalam bekas. Jangan risau, ia tidak akan menjejaskan rasa ikan dan baunya tidak akan melekat pada bekas apabila disimpan dalam ‘freezer’.

TIPS PENYIMPANAN BAHAN MENTAH LAIN

  • Ayam – Cuci bersih dan terus simpan ke dalam ‘freezer’. 
  • Daging – Kalau nak potong dahulu, boleh. Tapi, tak perlu cuci dan terus simpan dalam ‘freezer’. Bila nak guna baru cuci bersih.
  • Cara buat stok ayam dan daging guna cara merebus juga. Rebuskan ayam dan daging sampai separuh masak. Air rebusan boleh disimpan untuk dijadikan stok.

Semoga perkongsian ini bermanfaat terutama kepada suri rumah yang suka memasak dan suka membeli bahan mentah di pasar. Pastikan anda tidak membazir dengan membuang barangan mentah yang sudah tidak elok sebaliknya simpan dengan cara yang betul supaya tahan lama. Selamat mencuba!

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma