Terlupa Kata Laluan BPR? Ini Cara Reset Semula Kata Laluan Untuk Log Masuk
Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 kini dibuka sehingga 15 Februari. Tahniah bagi yang sudah berjaya buat permohonan baharu BPR 2021. Bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0, anda tak perlu buat permohonan baharu, cuma perlu kemaskini BPR 2021.
Klik PANDUAN KEMASKINI BPR 2021, panduan lengkap telah disediakan! Terlupa kata laluan BPR untuk log masuk? Jangan risau, anda masih boleh tukar kata laluan dengan mudah melalui beberapa cara.
Baca juga: Mohon BPR 2021: Kategori Pemohon Yang Perlu Kemaskini & Buat Permohonan Baru
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara set semula kata laluan BPR bagi yang terlupa kata laluan BPR.
Isi Kandungan
CARA SET SEMULA KATA LALUAN BPR
Bagi yang terlupa kata laluan BPR log masuk, tidak perlu risau kerana itu perkara biasa yang ramai lakukan. Apa yang perlu anda lakukan adalah set semula kata laluan BPR yang baru melalui salah satu kaedah berikut:
Kaedah 1 – Melalui Portal BPR
Untuk set semula kata laluan BPR melalui portal BPR, ikut langkah berikut:
- Pergi ke Portal BPR di pautan bpr.hasil.gov.my. Klik LOG MASUK
- Klik TERLUPA KATA LALUAN
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda dan klik SEMAK
- Sahkan kata kunci keselamatan yang anda tetapkan dan klik YA jika betul.
- Jawab Soalan Pertama, Soalan Kedua dan Soalan Ketiga seperti yang ditanya. Pastikan anda jawab dengan betul mengikut jawapan yang telah anda tetapkan sebelum ini, iaitu semasa anda buat akaun.
- Dah selesai semua soalan keselamatan, bina Kata Laluan Baru yang boleh anda ingat. Klik Tukar Kata Laluan.
- Siap! Dah berjaya ditukar, klik Log Masuk untuk ke akaun MyBPR
- Log masuk ke akaun menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan baru yang ditetapkan tadi.
Kaedah 2 – Hadir ke LHDNM
Anda boleh terus hadir ke LHDNM berdekatan sekiranya anda mengalami sebarang masalah untuk set semula kata laluan BPR seperti:
- Terlupa jawapan soalan keselamatan
- Terlupa kata kunci keselamatan
- Akaun disekat
Anda juga boleh buat permohonan secara manual dengan menyediakan BORANG PERMOHONAN BPR 2021 dan sediakan DOKUMEN SOKONGAN yang diperlukan. Hantar borang permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen sokongan ke mana-mana cawangan LHDN berikut:
- Cawangan LHDNM;atau
- Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM;atau
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Kaedah 3 – Hubungi Talian Hotline
Memandangkan penularan wabak Covid-19 di negara kita masih berleluasa, orang ramai dinasihatkan untuk menguruskan urusan permohonan BPR secara online atau di rumah sahaja tanpa perlu hadir ke kaunter LHDN.
Jika anda bermasalah dengan kata laluan BPR , anda boleh terus hubungi talian Hotline BPR di:
- Talian Hotline BPR: 1-800-88-2747
Semoga perkongsian ini dapat menyelesaikan masalah anda yang terlupa kata laluan BPR. Tarikh pembayaran BPR 2021 telah pun dikeluarkan, anda boleh semak jadual pembayaran BPR 2021 sekarang.
Bagi yang telah berjaya buat permohonan, anda boleh SEMAK STATUS PERMOHONAN BPR 2021 untuk ketahui status semasa permohonan anda.