Cara Mudah Scan Dokumen Menggunakan Telefon Pintar Tanpa Download Aplikasi
Tahu tak, anda boleh scan dokumen menggunakan telefon pintar sahaja? Tidak perlu susah-susah pergi ke kedai untuk guna pengimbas (scanner) atau beli printer untuk scan. Bagi yang masih belum buat permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan tidak tahu macam mana nak scan dokumen, panduan ini tepat untuk anda!
Walaupun scan dokumen ini sesetengah orang anggap seperti kita tangkap gambar dokumen, sebenarnya ia berbeza. Jika anda scan, dokumen anda menjadi lebih jelas dan disimpan dalam bentuk fail PDF. Jika anda tangkap gambar dokumen, sangat berbeza kerana dokumen tersebut hanya disimpan dalam bentuk gambar yang tidak jelas.
Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan paling mudah scan dokumen menggunakan telefon pintar anda versi iphone dan android.
Isi Kandungan
CARA SCAN DOKUMEN MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR
Pengguna iPhone
Beruntung pengguna iPhone kerana anda diberi kemudahan untuk scan dokumen guna telefon pintar tanpa muat turun sebarang aplikasi. Ianya sudah tersedia di dalam telefon anda!
Berikut adalah cara scan dokumen menggunakan telefon pintar jenis iPhone:
- Buka NOTES yang tersedia di iPhone anda
- Buka satu nota baru
- Klik icon kamera di bahagian pilihan
- Pilih Scan Documents
- Letakkan dokumen yang anda ingin scan di hadapan kamera anda dan mula scan
- Dah scan, tekan SAVE
- Dokumen yang anda scan tadi akan dipaparkan dalam Notes anda
- Klik lama-lama pada dokumen tersebut, pilih SHARE
- Klik Save to Files
- Pilih jenis files yang anda ingin simpan, klik Save
Siap! Dokumen anda telah berjaya disimpan dalam fail anda dalam bentuk PDF. Untuk muat naik dokumen yang anda simpan tadi di mana-mana laman, anda hanya perlu cari balik di fail yang anda simpan tadi.
Pengguna Android
Pengguna android tiada kemudahan untuk scan dokumen tanpa aplikasi. Anda perlu muat turun aplikasi untuk scan dokumen guna telefon pintar. Namun tak perlu risau, tiada bayaran dikenakan bagi kebanyakan aplikasi untuk scan dokumen. Contohnya seperti CamScanner:
- Muat turun CamScanner di telefon bimbit anda
- Register dengan mudah dan boleh terus digunakan
Mudah sahaja! Yang menarik tentang aplikasi ini adalah, setiap gambar yang ditangkap, ianya akan auto convert kepada tona warna scanning dan ianya terus dalam format pdf.
Selain aplikasi ini, terdapat juga aplikasi lain seperti TinyScanner, Simple Scanner dan ClearScanner. Taip sahaja di Playstrore anda dan muat turun secara percuma. Panduan ini juga boleh digunakan untuk scan dokumen bagi permohonan i-Sinar kategori 2.
Baca juga: Tak Perlu Print Pun, Ini Cara Isi Dokumen Di PDF Dengan Mudah
Semoga bermanfaat!