Peluang Penempatan Latihan Praktikal Di SME Corp Malaysia Terbuka Kepada Pelajar IPTA & IPTS

Panggilan buat pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) tahun akhir yang sedang mencari peluang penempatan latihan industri! SME Corp. Malaysia mempelawa pelajar yang berkelayakan dalam pelbagai bidang dari Institut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta dari dalam dan luar negara mengikuti latihan praktikal seperti ditawarkan.

Penempatan pelajar adalah di SME Corp. Malaysia di seluruh Malaysia seperti yang dimohon oleh pelajar. Bagi yang berminat, anda boleh buat permohonan secara dalam talian dalam tempoh yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran penempatan latihan praktikal dan panduan buat permohonan.

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran adalah terbuka kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti program Diploma/ Ijazah Sarjana MUda dalam bidang pengajian Ekonomi/ Perbankan/ Perniagaan Antarabangsa/ Pentadbiran Perniagaan Keusahawanan yang diiktiraf sahaja
  • Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPTA/IPTS dalam dan luar negara
  • Tempoh minimum latihan praktikal adalah 3 bulan dan tempoh boleh dilanjutkan tertakluk kepada keperluan serta peraturan semasa
  • Hanya permohonan dalam talian yang LENGKAP sahaja akan dipertimbangkan
  • SME Corp. Malaysia berhak sepenuhnya untuk menolak permohonan tanpa perlu memberi sebarang alasan
  • Sekiranya pelajar tidak menerima maklum balas selepas tempoh 1 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA
  • Penempatan pelajar adalah di seluruh Malaysia

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk menjalani latihan praktikal di SME Corp Malaysia dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan selewat-lewatnya 31 Julai 2022 secara online melalui pautan berikut:

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan penempatan pelajar latihan industri, anda boleh emel ke alamat policy_training@smecorp.gov.my.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma