Cara Reset Password CIMB Clicks

Urus niaga menggunakan CIMB Click internet banking sangat selamat. Bayangkan sahaja, hanya untuk log masuk anda dikehendaki menggunakan ID dan password yang betul. Dan untuk urus niaga kewangan diperlukan kod TAC yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon berdaftar. Nampak tak betapa kukuhnya keselamatan yang disediakan.

Masalahnya ialah, bagaimana jika anda terlupa kata laluan CIMB Click atau terlupa user ID Cimb Click anda? Masalah ini sering terjadi dalam kalangan pengguna. Namun jangan risau jika perkara ini terjadi kepada anda kerana pembetulan boleh dilakukan melalui perkhidmatan yang disediakan oleh CIMB Clicks.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui syarat dan cara reset password CIMB Click.

SYARAT RESET PASSWORD CIMB CLICK

Untuk reset password CIMB Click, anda tidak memerlukan banyak syarat pun. Anda hanya perlu sediakan kad Debit/Credit CIMB Bank dan PIN anda. Anda akan mengisi beberapa soalan yang muncul di skrin komputer/smartphone apabila anda menukar kata laluan.

Cara Reset Password CIMB Clicks

CARA RESET PASSWORD CIMB CLICKS

Untuk makluman anda, CIMB Bank tidak mengenakan sebarang caj untuk reset password CIMB Clicks. Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang disediakan di bawah:

  1. Buka laman rasmi CIMB Click
  2. Sila klik butang Forgot User ID or Password
    Cara Reset Password CIMB Clicks
  3. Klik dropdown How did you register for CIMB Clicks ? Pilih CIMB ATM/Debit/Credit Card
    Cara Reset Password CIMB Clicks
  4. Pada halaman ini, anda mesti memasukkan maklumat card Debit/Credit anda. Sila tengok syarat yang kami paparkan diatas tadi
    Cara Reset Password CIMB Clicks
  5. Sila masukkan CIMB ATM/Debit/Credit Card Number : 16 Digit Nombor card Debit/Credit
    Cara Reset Password CIMB Clicks
  6. Masukkan PIN ATM card Debit/Credit anda
  7. Masukkan kod text yang dipaparkan dalam gambar
  8.  Tick/centang bahagian Term and Conditions, klik Next
  9. Sila buat password baru CIMB Clicks (gunakan kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol) Contoh Azzam987!*
    Cara Reset Password CIMB Clicks
  10. Pastikan password anda sama. Jika password memenuhi syarat maka tanda  akan berwarna hijau
  11. Klik Request for TAC untuk dapatkan kod rahsia yang di hantar ke telefon bimbit anda
  12. Masukkan 6 digit kod TAC.
  13. Selesai

Siap, cuba login ke CIMB Clicks menggunakan User ID dan password baharu anda. Jika boleh, tahniah! Jika tidak boleh, cuba pergi ke cawangan CIMB Bank berdekatan untuk selesaikan masalah anda. Selamat mencuba!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma