Cara “Nego” Gaji Semasa Temuduga Kerja/ Dapat Panggilan Kerja Yang Calon Patut Cuba
Bahagian yang boleh dikatakan akan sukar dalam temuduga kerja adalah bila tiba masa untuk “nego” atau berunding berkenaan gaji. Jika di akhir sesi temuduga penemuduga dah mula bincang mengenai gaji yang ingin ditawarkan kepada anda, ini boleh dikatakan peluang untuk anda terima surat tawaran kerja amat tinggi!
Tetapi jika gaji yang disebut atau ditawarkan tidak seperti yang anda minta atau terlalu rendah, anda perlu tahu cara untuk berunding agar mereka boleh menawarkan gaji yang lebih tinggi kepada anda. Jangan tersilap cakap pula ketika ingin “nego” gaji ini! Silap-silap jika anda tersalah langkah pihak penemuduga terus tak jadi nak tawarkan kerja kepada anda.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara nego gaji ketika temuduga kerja seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Ir Abdul Rahman Bahasa.
Isi Kandungan
CARA “NEGO” GAJI SEMASA TEMUDUGA KERJA
Berikut adalah perkongsian bagaimana pengguna Facebook yang kini merupakan “Professional Engineer” nego gaji semasa permohonan kerja yang anda boleh jadikan panduan untuk temuduga kerja atau bila dapat panggilan kerja nanti:
Disclaimer: Ni just sharing² je..By the end,it up to korg lah nak accept final offer tu ke tak. If worth. Proceed. Kalau tak worth, decline. Simple.
.
Orait.Tak yah nak buang masa.Lets go!
.
HR: Hello,ni Encik A? Kami dari syarikat B. Terima kasih for attending the interview session haritu. We glad to inform you, we intent to offer an employment to you. Based on your expected salary dalam job application form. You asked for RM4,500. Somehow we can only offer you RM3,500. Is it OK?
.
(Normal mcm ni. Dorg akan push one tier lower dari apa yg kau demand. Contoh,kau demand RM4k, dia offer RM3k range. Kau demand RM3k range, dia offer RM2k range..hahhaa)
.
Aku: Is it already fixed? Or it still can be negotiable?
.
(Ni ayat standard aku. Aku mesti akan trigger the negotiation condition. Better try rather than not try at all)
.
HR: Not to mention. But we can say it almost fixed.
.
(Biasa HR or Hiring Officer yg ni jenis yg malas nak panjang² cerita. Terus kata fixed. Hahah.. Tapi take note wording² mcm “almost”, “somehow already”, “have limited room to negotiate”. Tu semua words² yg actually dorg open for negotiation but they say it indirectly)
.
Aku: Boleh naikkan sikit ke RM4,000?
.
(Disebabkan company “macam” dah fixed the amount. Aku akan go for 2nd tier of negotiation strategy which is “forced value” strategy. Sebab normally company kalau dah sampai tahap call bagi offer ni. Dorg really need you. So,this is time for you to sell your value)
.
HR: Wow,tinggi tu.almost 14% higher from our offer. Can we make it lower?
.
(As usual, dorg akan try tekan kasi rendah lagi)
.
Aku: So,how low you can be low?
.
(Standard jugak ni..kita try lagi 2nd time to trigger negotiation condition untuk tgk what is the lowest margin dia boleh go)
.
HR: RM3,500..Hahaha
.
(Kalau jadi mcm ni. No need to create another nego condition lagi. Not good to push for 3rd time. Org akan annoyed dgn kau. You might burn the bridge. So, proceed dgn win-win exit strategy)
.
Aku: How about we take in the middle? RM3,750. I lost RM250, and you also lost RM250. We both lost 7%.
.
(Biasa trick ni menjadi. Sebab 50-50 liability sharing. Apa lagi nak kata kan? Fair dah lah tu.. Sama-sama tanggung “kerugian” hahaha)
.
HR: Ok, will discuss back with our management on your counter expected salary. If everthing is OK. We will issue Draft of Offer Letter with all Term & Condition for your review.
.
(Ni pun normal. Sebab biasa HR or Hiring Officer tak boleh buat immediate decision. Dorang kena check dgn Management. Just sit back and relax).
.
Kalau lepas 3 hari senyap je HR tu. Try make a call and follow up email.
.
The rest, bergantung kepada rezeki lah kan. Again aku nak stress kat sini..By the end korg decide. Worth offer ambik, tak worth, decline and move on!
TIPS “NEGO” GAJI
Berikut adalah beberapa tips atau kunci “nego” gaji seperti yang dikongsikan:
- Cuba sedaya upaya untuk buka peluang berunding walaupun mereka nampak macam dah tutup peluang untuk berunding
- Maksimum 2 kali sahaja untuk anda cuba untuk berunding bagi mengelakkan situasi yang tidak selesa antara anda dan penemuduga
- Akhirnya tutup perundingan dengan win-win value
Semoga perkongsian ini dapat memberi panduan kepada calon untuk buka peluang merunding gaji dan tutup rundingan tersebut dengan baik tanpa memberi situasi yang tidak selesa kepada pihak syarikat.