Cara Mudah Semak Bil Elektrik Di Rumah Menggunakan Kalkulator Tarif Elektrik
Untuk menjamin keselamatan semua pelanggan dan pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penghantaran bil bercetak (fizikal) di premis dan setiap rumah telah dihentikan sementara waktu.
Namun jangan risau, bagi pengguna TNB, bil masih boleh disemak dan dibayar secara atas talian melalui aplikasi myTNB.
Manakala untuk bil bulanan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) pula boleh dikira sendiri di rumah dengan cara yang sangat mudah dan tepat dengan menggunakan kalkulator tarif.
Untuk menyemak bil SESB bulan semasa anda, ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
CARA SEMAK BIL ELEKTRIK DI RUMAH GUNA KALKULATOR TARIF ELEKTRIK
1. Semak Jumlah Penggunaan Elektrik Anda
Pertama sekali, cuba lihat di kotak elektrik di rumah anda. Lihat jumlah penggunaan elektrik yang terpapar di kotak tersebut. Catat jumlah penggunaan tersebut.
2. Semak Bil Bulan Lepas
Lihat bil elektrik bulan lepas dan lihat di bahagian “Semasa” seperti yang dibulatkan. Catat jumlah semasa anda bulan lepas.
3. Tolak Jumlah Penggunaan Elektrik Semasa Dan Bil Bulan Lepas
Tolak kedua-dua jumlah yang dicatatkan tadi iaitu jumlah penggunaan elektrik semasa anda yang terpapar di kotak elektrik dan jumlah yang terpapar pada bil bulan lepas ada.
Selepas ditolak kedua-dua jumlah tersebut, anda akan dapat satu jumlah penggunaan.
4. Buka Kalkulator Tarif
Buka kalkurator tarif DI SINI anda akan dapat paparan seperti berikut.
5. Tetapkan Diskaun
Untuk pastikan anda mendapat diskaun, lihat di bahagian kanan skrin anda dan pilih “Tariff Calculator with Discount”
6. Pilih Kategori
Selepas pilih diskaun tadi, balik kepada kalkulator anda dan tetapkan kategori di bawah kategori “Domestic Tariff (DM)”
7. Masukkan Jumlah Penggunaan
Di bahagian “Total Consumption” masukkan jumlah penggunaan yang anda kira di step 3 tadi.
8. Jumlah Bil Akan Dipaparkan
Setelah masukkan jumlah tersebut, pengiraan bil akan dilakukan secara automatik oleh kalkulator tarif tersebut. Anda akan mendapat paparan seperti berikut dan dapati jumlah bil anda pada bulan semasa di bahagian “Total Bill Amount (RM)”. Jumlah bil tersebut adalah selepas ditolak diskaun yang anda terima daripada Pakej Rangsangan Ekonomi oleh kerajaan.
Siap! Mudah kan? Anda boleh terus membayar bil elektrik bulan semasa anda secara atas talian. Namun diingatkan kalkulator tarif ini adalah dihadkan kepada penduduk Sabah iaitu pengguna bil SESB sahaja. Semoga bermanfaat!