Cara Kira ”Peratus” Pencen Yang Diterima Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan
Pasti ramai penjawat awam yang sedang berkhidmat dan bagi yang memilih Skim Pencen masih tidak tahu cara kira berapa peratus pencen yang akan diterima berdasarkan tempoh perkhidmatan. Berapa peratus pencen yang akan diterima setelah 20 tahun berkhidmat? Berapa peratus pula bila 30 tahun berkhidmat?
Pencen ini dibayar setiap hujung bulan untuk kegunaan penerima pencen selepas tamat perkhidmatan. Penting untuk setiap orang tahu supaya senang nak buat perancangan kewangan untuk masa depan nanti.
Isi Kandungan
BAGAIMANA BAYARAN PENCEN DIKIRA
Bagi yang salah anggap, bayaran pencen kakitangan kerajaan sebenarnya tidaklah seperti gaji akhir mereka. Kebiasaannya jumlah bayaran pencen adalah separuh dari gaji akhir. Namun, ada juga yang akan mendapat lebih kurang dari itu atas sebab-sebab tertentu seperti berkhidmat tidak cukup lama atau faktor lain.
Jumlah bayaran pencen dikira berdasarkan faktor-faktor berikut:
- Tarikh lahir penerima pencen
- Tarikh mula berkhidmat / tempoh masa berkhidmat
- Gaji akhir hakiki sebelum ini
- Imbuhan tetap yang diterima
- Gantian cuti rehat
- Jumlah cuti tanpa gaji sebelum ini
- Umur bersara
FORMULA KIRA PENCEN
Tamat Perkhidmatan 30 Tahun Ke Atas
Pencen bulanan bagi tempoh perkhidmatan 30 tahun dan ke atas dikira ikut formula ini:
- 1/600 x tempoh bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira x gaji akhir (pokok)
Tapi kena ingat, terhad 360 (30 tahun) sahaja tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuki kira. Iaitu terhad setakat 3/5 atau 60% dari gaji akhir (pokok).
Tamat Perkhidmatan 30 Tahun Ke Bawah
Bagi yang ingin kira kurang daripada itu, anda boleh gunakan formula ini:
- Tempoh bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira / 600 x 100%
Contohnya:
Tempoh bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira ialah 325 bulan.
- 325/600 x 100% = RM54.167%
Maknanya, 54.16667% dari gaji pokok (akhir) adalah jumlah yang akan anda terima sebagai pencen selepas bersara.
KALKULATOR PENGIRAAN ANGGARAN PENCEN
Untuk mendapatkan pengiraan anggaran peratus pencen, anda juga boleh buat pengiraan secara atas talian di laman web Bahagian Pasca Perkhidmatan:
Sekarang anda sudah tahu berapa peratus pencen yang anda akan terima selepas bersara dalam tempoh tertentu nanti. Sudahkan anda buat perancangan kewangan untuk masa depan? Bagi yang belum, anda boleh baca Pelan Pendapatan Untuk Pengurusan Kewangan Selepas Bersara untuk memastikan pengurusan kewangan nanti lebih terurus dan tidak terbeban dengan hutang.
Baca juga: Perbezaan Antara Pencen Terbitan Dan Pencen Tanggungan
Bagi penjawat awam yang memilik Skim KWSP, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu. Baca DI SINI.
Semoga bermanfaat!