Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Tidak Setuju Dengan Caruman KWSP 7% Dan Ingin Kekalkan Pada 11%? Ini Caranya

Oleh Cikgu Shaari • March 13, 2020 • 2 min baca

Tidak Setuju Dengan Caruman KWSP 7% Dan Ingin Kekalkan Pada 11%? Ini Caranya
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang diumumkan oleh Kerajaan pada 27 Februari 2020 berkaitan kadar caruman berkanun syer pekerja baharu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjelaskan bahawa kadar caruman berkanun syer pekerja akan dikurangkan daripada 11% kepada 7%.

Namun ramai yang tidak setuju dengan penurunan kadar caruman yang telah ditetapkan. Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui cara untuk kekalkan caruman KWSP kepada 11%.

PENURUNAN KADAR CARUMAN KWSP

Penurunan kadar caruman sehingga 7% ini dikatakan akan berkuat kuasa mulai 1 April 2020 sehingga akhir tahun ini untuk ahli caruman yang berumur 59 tahun dan ke bawah manakala kadar caruman bagi ahli berumur 60 tahun dan ke atas adalah tidak berubah.

Keputusan untuk mengurangkan kadar caruman berkanun KWSP diperkatakan adalah berikutan pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan bertujuan untuk mengurangkan kesan kegawatan ekonomi yang berpunca daripada penularan global COVID-19 sejak kebelakangan ini.

CARA KEKALKAN CARUMAN 11%

Bagi yang tidak bersetuju dengan pengurangan kadar caruman yang akan dikuatkuasa, anda tidak perlu risau kerana anda boleh memohon bagi kekalkan caruman 11% ke atas gaji bersih anda.

Bagi mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11%, anda perlu lengkapkan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun KWSP 17A (Khas) yang boleh diperoleh  daripada laman sesawang KWSP atau muat turun di sini:

DOWNLOAD BORANG KWSP 17A

Tidak Setuju Dengan Caruman KWSP 7% Dan Ingin Kekalkan Pada 11%? Ini Caranya

Selepas anda muat turun borang KWSP 17A (Khas 2020) yang disertakan, anda perlu lengkapkan borang dengan mengisi maklumat yang diperlukan. Kemudian kemukakan borang yang lengkap diisi kepada majikan bagi tujuan pengesahan. Majikan akan serahkan borang anda terus ke cawangan KWSP yang terdekat.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, ahli dan golongan majikan boleh rujuk laman sesawang KWSP atau hubungi talian telefon Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau melawat mana-mana cawangan KWSP.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.