Cara Download Thesis Lepas Daripada Laman Web Universiti Awam Di Malaysia

Bagi pelajar-pelajar universiti yang akan memulakan atau dalam proses menyediakan thesis, perkongsian ini sangat berguna buat anda! Tidak perlu lagi susah-susah ke perpustakaan universiti untuk dapatkan thesis-thesis pelajar lepas untuk dijadikan rujukan.

Pelajar boleh download thesis melalui laman web yang disediakan oleh universiti awam di Malaysia ini dan apa yang lagi menarik adalah anda tidak perlu masukkan ID pelajar dan password pun untuk download pdf thesis lepas ini! Lebih senang lah orang awam nak mulakan usaha sambung belajar dan mereka yang berminat akan lebih semangat untuk teruskan niat masing-masing.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara download thesis lepas daripada laman web universiti awam di Malaysia.

CARA DOWNLOAD THESIS LEPAS DI LAMAN WEB UNIVERSITI AWAM

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk download thesis lepas di laman web Universiti Awam di Malaysia:

  1. Pergi ke Google dan Taip “Thesis free download pdf Malaysia
  2. Anda dapat lihat beberapa pilihan thesis dari universiti berbeza. Klik mana- mana yang anda mahu
    Cara Download Thesis Lepas Daripada Laman Web Universiti Awam Di Malaysia
  3. Di carian ruangan yang disediakan, masukkan keyword. Contohnya “qualitative research autism” (keyword berkaitan kajian anda).Cara Download Thesis Lepas Daripada Laman Web Universiti Awam Di Malaysia
  4. Klik Search
    Cara Download Thesis Lepas Daripada Laman Web Universiti Awam Di Malaysia
  5. Ada banyak hasil carian yang berkaitan dipaparkan. Klik salah satu yang anda mahu.
    Cara Download Thesis Lepas Daripada Laman Web Universiti Awam Di Malaysia
  6. Klik Download
    Cara Download Thesis Lepas Daripada Laman Web Universiti Awam Di Malaysia
  7. Thesis dalam bentuk PDF akan dipaparkan. Save as dalam folder anda.
    Cara Download Thesis Lepas Daripada Laman Web Universiti Awam Di Malaysia
  8. Siap!

Mudah sahaja. Anda juga boleh download dari laman web universiti lain selain daripada yang ditunjukkan di atas. Anda boleh taip di google “Thesis free download pdf Malaysia (Nama Universiti). Selepas ini tiada alasan lagi untuk pelajar tiada sumber untuk buat thesis. Semuanya di hujung jari!

Anda juga boleh baca 8 Kesalahan Yang Selalu Pelajar Lakukan Dalam Penulisan Tesis bagi mengelakkan berlaku kesilapan-kesilapan ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma